Cheoljong dari Joseon

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cheoljong dari Joseon

Cheoljong dari Joseon (25 Julai 1831 - 16 Januari 1864) ialah raja ke-25 dari Dinasti Joseon Korea. Baginda adalah sepupu kedua kepada Heonjong dari Joseon, dan juga cucu Yeongjo dari Joseon.[6]

Fakta Segera Cheoljong철종 哲宗, Raja Joseon ...
Cheoljong
철종
哲宗
Thumb
Potret Raja Cheoljong (Khazanah #1492)
Dilukis pada tahun 1861[1], ini adalah satu-satunya potret diraja yang masih selamat yang menggambarkan penampilan fizikal Raja Cheoljong, serta pakaian ketenteraan diraja era Joseon; sebahagiannya rosak semasa Kebakaran Kedua Yongdusan, Busan pada awal pagi 26 Disember 1954[2]
Raja Joseon
Pemerintahan1849–1864
Didahului olehHeonjong dari Joseon
Diikuti olehGojong dari Joseon
Keputeraan(1831-07-25)25 Julai 1831
Kejiranan Hyanggyo-dong, Daerah Gyeonghaeng-bang, Hanseong, Kerajaan Joseon
Kemangkatan16 Januari 1864(1864-01-16) (umur 32)
Balai Daejojeon[3][4], Istana Changdeokgung, Kerajaan Joseon
PemakamanMakam Diraja Yereung[5], Kluster Seosamneung, Goyang, Wilayah Gyeonggi
PasanganPermaisuri Cheor'in
AyahandaPutera Besar Dalaman Jeon'gye
BondaPuteri Damping Besar Dalaman Yongseong [ko]
Tutup

Biografi

Keputeraan

Baginda putera ke-3 dan bongsu kepada Yi Gwang, Putera Jeon'gye-gun (yang mangkat pada 14 Disember 1841), dan gundik pertamanya Puan Besar Yeom, di Ganghwa[7] Nama baginda pada asalnya Yi Won-beom (이원범), tetapi setelah menaiki takhta namanya diubah secara sah menjadi Yi Byeon (이변) (atau Seong[8]).

Pada tahun 1841, tahun ke-10 pemerintahan Raja Heonjong, Min Jin-yong (daripada puak Noron), Lee Won-deok, Park Sun-su dan yang lainnya berusaha mencari kesempatan terhadap Heonjong yang ketiadaan waris, dan secara diam-diam melakukan pemberontakan untuk menobatkan Yi Won-gyeong, anak sulung Yi Gwang dan satu-satunya anak sah taraf, sebagai raja berikutnya. Namun, rancangan pemberontakan Min Jin-yong terbongkar dan dihukum bunuh dengan Yi Won-gyeong. Disebabkan bersalah kerana mempunyai pertalian, saudara tiri Yi Won-gyeong iaitu Yi Gyeong-eung dan Yi Won-beom diusir ke Ganghwa.

Pemerintahan

Cheoljong naik takhta pada tahun 1849 pada usia 19 tahun setelah Raja Heonjong mangkat tanpa pewaris. Sebagai saudara jauh kedua-dua raja yang baru mangkat dan juga keturunan Raja Yeongjo, Cheoljong dipilih untuk dijadikan anak angkat oleh Permaisuri Balu Besar (balu Raja Sunjo) pada waktu itu untuk membolehkannya naik takhta. Cheoljong dijumpai di Pulau Ganghwa tempat keluarganya berada dalam pengasingan sejak Penganiayaan Katolik 1801.

Apabila utusan (dikirim untuk mencari bakal raja itu) tiba di Pulau Ganghwa, mereka mendapati sisa-sisa suku kerabat diraja yang diasingkan itu hampir tidak dapat bertahan hidup dalam kemiskinan, dan di tengah-tengah kemerosotan itu, Yi Won-beom yang berusia 19 tahun ketika ity, diisytiharkan sebagai Raja. Walaupun sejak awal pemerintahan Korea, Dinasti Joseon mengutamakan pendidikan putera-putera mereka, Cheoljong langsung tidak tahu membaca setiap perkataan dalam pemberitahuan yang mengucapkan tahniah kepadanya itu atas kenaikannya ke takhta kerajaan.[9]

Bagi suku Kim dari Andong, Cheoljong adalah pilihan yang sangat baik. Buta hurufnya membuatnya senang dimanipulasi mereka. Akibatnya, walaupun Cheoljong memerintah negara itu selama 13 tahun, hingga hari-hari terakhirnya juga baginda masih belum arif tentang cara bergerak atau mengenakan pakaian diraja, sehinggakan apabila baginda berjubah yang paling gah tetap membuatkan baginda kelihatan seperti seorang nelayan.[9]

Kematian

Cheoljong mangkat pada usia 32 tahun pada 16 Januari 1864 (disyaki disebabkan oleh suku Kim Andong, suku yang sama yang menjadikannya raja), tanpa ada waris lelaki yang hidup. Sekali lagi, Josoen perlu mencari keturunan Wangsa Yi untuk menjadi calon ke takhta.

Tajuk

  • Nama Panggilan: Putera Penebang Kayu Pulau Ganghwa (강화도령)

Gelaran diraja

  • 27[10] –28 Julai 1849: Putera Deokwan (덕완군 德完君)
  • 28 Julai 1849[11] - 16 Januari 1864: Raja Joseon (조선 국왕 朝鮮國王)

Gelaran anumerta

  • Dinasti Joseon
    • Gelaran rasmi penuh: Raja Cheoljong[12] Huiryun Jeonggeuk Sudeok Sunseong[13] Munhyeon Museong Heon'in Yeonghyo Agung of Joseon (철종희륜정극수덕순성문현무성헌인영효대왕 哲宗熙倫正極粹德純聖文顯武成獻仁英孝大王)
    • Gelaran tidak rasmi pendek: Raja Cheoljong Agung (철종대왕 哲宗大王)
    • Gelaran kurniaan Dinasti Qing: Raja Zhōngjìng(忠敬王 충경왕 King Chunggyeong)[14]
  • Empayar Korea
    • Gelaran rasmi penuh: Maharaja Cheoljong Huiryun Jeonggeuk Sudeok Sunseong Heummyeong Gwangdo Don'won Changhwa[15] Munhyeon Museong Heon'in Yeonghyo Jang[16] Empayar Korea (철종희륜정극수덕순성흠명광도돈원창화문현무성헌인영효장황제 哲宗熙倫正極粹德純聖欽明光道敦元彰化文顯武成獻仁英孝章皇帝)
    • Gelaran tidak rasmi pendek: Maharaja Cheoljong Jang (철종장황제 哲宗章皇帝)

Keturunan

Maklumat lanjut Keturunan Cheoljong dari Joseon ...
Tutup


Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.