From Wikipedia, the free encyclopedia
Cerita ranting adalah penceritaan baharu yang wujud selatar cerita utama dalam karya sedia ada (yakni cerita pokok) tetapi menyimpang atau "meranting" dengan tujuan menumpu kepada lebih banyak butiran dan aspek yang berbeza dari karya asal (misalnya tajuk, watak atau peristiwa tertentu). Jika penceritaan tersebut wujud dalam kerangka masa sama seperti karya pendahulunya, ia boleh berkesinambungan menjadi suatu cerita yang menyusul.[1]
Media yang menerapkan penceritaan ini dalam apa jua format (radio, televisyen, permainan video, filem dan sebagainya) turut disebutkan sebagai suatu terbitan turunan atau sempalan (bahasa Inggeris: spin-off[2] atau spinoff[3]).
Penceritaan meranting ini telah lama wujud dalam alam Melayu melalui wayang kulit dengan adanya kisah-kisah disampaikan tok dalang dari cerita Hikayat Seri Rama atau ditokok tambah dari Hikayat Maharaja Wana yang asal namun masih ada menampilkan seberapa watak yang sama.[4][5][6]
Media moden yang mula menerapkan penceritaan ranting dicetuskan di dunia Barat pada tahun 1941 dengan tersiarnya rancangan radio The Great Gildersleeve (1941–1957) memaparkan watak Throckmorton P. Gildersleeve yang pernah muncul dalam siri komedi Fibber McGee and Molly di Amerika Syarikat.[7][8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.