Caitlyn Jenner
From Wikipedia, the free encyclopedia
Caitlyn Marie Jenner - nama lahir: Bruce Jenner (lahir 28 Oktober 1949) - adalah seorang bekas atlet dekatlon dari Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi pemain bola sepak Amerika untuk tim Graceland Yellowjackets di universitasnya sebelum mengalami kecederaan lutut serius; dan beliau bertukar sukan ke dekatlon tidak lama selepas itu atas saranan seorang pelatihnya Setelah latihan intensif, Jenner berhasil memenangkan pingat emas dalam acara itu pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal, Kanada sehingga mendapat jolokan "atlet terbaik di dunia."[3]
Caitlyn Jenner | |
---|---|
![]() Jenner di majlis Hari Hak Asasi Manusia di PBB, 10 Disember 2015 | |
Kelahiran | William Bruce Jenner 28 Oktober 1949 Mount Kisco, New York, Amerika Syarikat |
Pusat pendidikan | Universiti Graceland |
Tahun aktif | 1970-kini |
Nilai bersih | US$100 juta (perkiraan 2014)[1][2] |
Televisyen |
|
Parti politik | Republikan |
Pasangan |
|
Anak-anak | dengan Crownover;Burton Jenner Cassandra Jenner dengan Thompson; Brandon Jenner Brody Jenner dengan Kardashian; Kendall Jenner Kylie Jenner |
Jenner dikurniakan enam orang anak hasil seberapa pernikahannya dengan beberapa isteri sebelumnya iaitu Chrystie Crownover, Linda Thompson, dan Kris Jenner. Semenjak tahun 2007, Jenner tampil dalam acara Keeping Up with the Kardashians dengan Kris beserta anak-anak mereka, Kendall dan Kylie Jenner serta anak tirinya Kourtney, Kim, dan Khloé Kardashian.
Pada April 2015, Jenner melelakan diri sebagai seorang perempuan transgender; beliau rasmi mengumumkan nama baharunya di isu majalah Vanity Fair edisi Julai tahun sama. Nama dan gendernya turutbditukar secara sah pada 25 September 2015.[4]
Biografi
Awal hidup
Jenner dilahirkan dengan nama William Bruce Jenner pada 28 Oktober 1949 di Mount Kisco, New York[5] kepada Esther Ruth (nama keluarga asal: McGuire) dan William Hugh Jenner; ayahnya seorang arboris.[6][7] Dia berdarah kacukan Inggeris, Scotland, Ireland, Belanda dan Wales.[8] Jenner didiagnoskan dengan masalah disleksia[9] pada usia mudanya.
Dia belajar di Sleepy Hollow High School, Sleepy Hollow, New York[10][11] serta Newtown High School di Newtown, Connecticut lalu menghabiskan persekolahannya pada tahun 1968.[12] Beliau mendapat biasiswa sukan bola sepak Amerika untuk ke Graceland College (now Graceland University) di Lamoni di negeri Iowa. Beliau terpaksa berhenti bermain sukan tersebut akibat suatu kecederaan serius pada lututnya.[13] Walau bagaimanapun, pelatihnya L. D. Weldon mencadangkannya bertukar sukan dekatlon yang dirasai lebih cocok untuk Jenner.[14]
Kerjaya sebagai atlet
Pada hari pertama acara dekatlon Sukan Olimpik di Montreal pada tahun 1976, Jenner meraih sebanyak lima catatan persendirian tertinggi, namun beliau kekal dalam kedudukan tempat kedua selepas Guido Kratschmer dari Jerman Barat.
Dalam acara terakhir iaitu lumba 1500 meter, Jenner mengalahkan atlet Soviet Leonid Litvinenko dengan catatan persendirian baharu melebihi Litvinienko dengan meraih mata sebanyak 8,618 poin.[15][16][17][18][19] Kemenangan Jenner diraikan hebat orang ramai sehingga mendapat Anugerah James E. Sullivan serta mendapat gelaran Atlet Lelaki Tahunan Associated Press pada tahun 1976.[20][13]
Kehidupan pasca-Olimpik
Pencapaian sukan
Rekod persendirian
Semua data diperolehi daripada Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa (IAAF):[21]
- 100 meter – 10.94 (1976)
- 400 meter – 47.51 (1976)
- 1500 meter – 4:12.61 (1976)
- 110 meter berpagar – 14.84 (1976)
- Lompat tinggi – 2.03 m (1976)
- Lombol galah – 4.80 m (1976)
- Lompat jauh – 7.22 m (1976)
- Lontar peluru – 15.35 m (1976)
- Lempar cakera – 50.04 m (1976)
- Dekatlon – 8634 pts (1976)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.