From Wikipedia, the free encyclopedia
Nemertea ialah filum haiwan invertebrat, juga dikenali sebagai cacing reben atau cacing probosis.[2] Nama lin untuk filum termasuklah Nemertini, Nemertinea dan Rhynchocoela.[1] Walaupun kebanyakannya kurang daripada 20 sentimeter (7.9 in) panjang, satu spesimen telah dianggarkan 54 meter (177 ka), yang menjadikannya haiwan terpanjang pernah dijumpai[3] Kebanyakannya sangat langsing, biasanya hanya beberapa milimeter lebar, walaupun terdapat yang pendek, tapi berbadan lebar. Kebanyakannya terdapat corak berwarna kuning, jingga, merah dan hijau.
Cacing reben | |
---|---|
Parborlasia corrugatus dari Laut Ross | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Superfilum: | |
Filum: | Nemertea |
Sinonim [1] | |
Nemertini, Nemertinea, Rhyncocoela |
Terdapat 1,149 spesies Cacing reben wujud di seluruh dunia.Walaupun Cacing reben mempunyai tubuh yang kelihatan dari luarannya seperti bergelang, sebenarnya tubuh Cacing reben tidak mempunyai segmen.
Cacing reben merupakan haiwan pemangsa. Cacing reben biasanya terdapat di kawasan karang dan serpihan berbatu. Ketika memburu, Cacing reben akan mengeluarkan satu tiub panjang dari mulutnya dan menyuntikkan racun kepada tubuh mangsanya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.