Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Burung lelayang pokok ialah sekumpulan burung dalam keluarga Hemiprocnidae, yang berkait rapat dengan lelayang sungguh. Keluarga ini mengandungi satu genus, Hemiprocne, yang mempunyai empat spesies. Taburannya dari India dan Asia Tenggara melalui Indonesia ke New Guinea dan Kepulauan Sulaiman.
Lelayang pokok | |
---|---|
Hemiprocne coronata | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Apodiformes |
Keluarga: | Hemiprocnidae Oberholser, 1906 |
Genus: | Hemiprocne Nitzsch, 1829 |
Spesies | |
Lihat teks. |
Lelayang pokok bersaiz kecil hingga sederhana, dengan panjang antara 15 hingga 30 cm. Sayapnya panjang, yang terdiri terutamanya daripada pelepah primer; lengannya sebenarnya agak pendek. Ciri-cirinya berbeza daripada lelayang lain dari segi buluannya, yang lebih lembut, dan kewujudan jambul atau hiasan pada mukanya, serta ekor bercabang panjang.[1] Secara anatomi mereka dipisahkan daripada lelayang sungguh dari segi butiran rangka tengkorak dan lelangit, anatomi tarsus, dan jari kaki belakang yang tidak boleh diterbalikkan yang digunakan untuk bertengger pada dahan (kegiatan yang tidak dapat dilakukan oleh lelayang sungguh). Jantan mempunyai buluan belakang pendarrona. Ia juga mempunyai sayap diastataksis, iaitu ketidakadaan pelepah sekunder kelima tidak seperti lelayang puak Apodini, yang eutaksis.[2][3]
Lelayang pokok mempunyai pelbagai keutamaan dalam pemilihan habitat. Satu spesies, lelayang pokok berjambul kecil, ialah spesies kepunyaan hutan primer. Ia memakan berdekatan tumbuh-tumbuhan di bawah kanopi, dan jarang menerokai hutan sekunder atau ladang, tetapi tidak melalui tanah terbuka. Spesies lain kurang terhad; lelayang pokok berjambul menggunakan pelbagai habitat termasuk hutan lembap dan hutan luruh, dan lelayang pokok berjambul kelabu menempati hampir setiap jenis habitat yang tersedia dari hutan bakau hingga hutan bukit. Semua spesiesnya memakan serangga, walaupun butiran tepat tentang mangsanya belum dikaji secara terperinci.
Tanggungjawab membina sarang dikongsi oleh jantan dan betina. Sebiji telur ditelurkan di dalam sarang, yang dilekatkan pada dahan pokok yang terbuka.[1] Warna telurnya berlain-lainan dari putih hingga kelabu. Sedikit maklumat tersedia tentang masa pengeraman, tetapi ia dianggap lebih lama untuk spesies yang lebih besar. Anaknya menetas dengan buluan kelabu dan diberi makan sebolus makanan yang dimuntahkan oleh induk.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.