Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bunga tanjung (Mimusops elengi) dari famili Sapotaceae berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali dengan nama-nama serantau Nusantara seperti tanjong (Bug., Mak.), tanju (Bim.), keupula cangè (Aceh), dan kahekis, karikis, kariskis, rekes (aneka bahasa di Sulawesi Utara).[1]
Bunga tanjung بوڠا تنجوڠ | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Asterids |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Mimusops |
Spesies: | M. elengi L. |
Nama binomial | |
Mimusops elengi L. | |
Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai ciri yang amat digemari oleh pereka landskap dan peminat landskap iaitu bunganya yang berbau wangi serta buahnya yang menarik burung dan haiwan lain untuk datang. Bahagian yang digunakan ialah kayu, kulit batang, daun dan bunga. [2], Medlar[2], and Bullet wood.
Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960.[3]
Pokok Bunga Tanjung berukuran sedang adalah pokok malar hijau mencecah ketinggian sekitar 15-16 m. Ia berbunga pada April, dan berbuah berlaku sekitar bulan Jun. Daunnya berkilat, hijau gelap, berbentuk bujur telur hingga melonjong jangat, sepanjang 5–16 cm dan 2.5–6 cm lebar. Tepinya rata namun menggelombang. Daun yang termuda berbulu coklat yang segera gugur.[4]
Bunganya krim, berbulu dan wangi. Ia kembang berjantina berasingan atau dua sekaligus menggantung di ketiak daun, berbilangan-8, berbau enak semerbak. Kelopak dalam dua karangan, bertaju empat-empat; mahkota dengan tabung lebar dan pendek, dalam dua karangan, 8 dan 16, yang terakhir adalah alat tambahan serupa mahkota, putih kekuning-kuningan. Stamennya 8, berseling dengan staminodia yang hujungnya bergigi. Buah seperti beri, berbentuk gelendong, bulat telur panjang seperti peluru, 2–3 cm, akhirnya merah jingga, dengan kelopak yang tidak rontok. Biji kebanyakan 1, gepeng, keras mengilat, perang kehitaman.[4]
Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang gelap kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaan. Pokok mungkin mencecah ketinggian 30–60 kaki dengan ukur lilit sekitar 1 m.
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Minyak yang diekstrak dari biji tumbuhan ini mengandungi beberapa asid lemak. Air seduhan akarnya yang dicampur dengan cuka dapat digunakan untuk mengubati sakit tekak.[5]
Kayu baka parvifolia yang biasa tumbuh dekat pantai setinggi 25 m dan segemang 40 cm padat, berat, dan keras dipilih sebagai bahan pasak dalam pembuatan perahu, untuk tangkai tombak dan tangkai perkakas lain, almari dan perabot, serta untuk tiang rumah.[1]:1590 Kayu tanjung juga baik untuk dijadikan bahan ukiran, patung, penutup lantai, jambatan, dan bantalan landasan kereta api.[6]
Kayu teras tanjung coklat tua, sedangkan lapisan keliling atau "gubal"nya berwarna lebih muda dengan batas-batas yang jelas. Teksturnya halus dan merata, dengan arah serat lurus, agak bergelombang atau sedikit berpadu. Berat jenis kayu berkisar antara 0.92–1.12 (rata-rata 1,00), dan termasuk kelas kuat I. Kayu tanjung tergolong mudah dikerjakan dengan hasil yang amat baik; ia dapat diserut, dibor, dilubangi persegi, dan diamplas dengan hasil yang sangat baik; serta dibentuk dan dibubut dengan hasil yang baik hingga sangat baik.[6]
Keawetan kayu tanjung termasuk dalam kelas I-II; daya tahannya terhadap jamur pelapuk kayu termasuk kelas II, sementara terhadap rayap kayu kering termasuk kelas IV (tidak awet). Dalam pada itu, keterawetannya tergolong sedang.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.