From Wikipedia, the free encyclopedia
Boubacar "Copa" Barry (lahir 30 Disember 1979) merupakan pemain bola sepak Ivory Coast yang bermain untuk Lokeren dan pasukan kebangsaan Ivory Coast sebagai penjaga gol. Dia telah bermain untuk Lokeren sejak bulan Julai 2007.
![]() Barry bermain untuk Ivory Coast pada tahun 2012 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Boubacar Barry[1] | ||
Tarikh lahir | 30 Disember 1979 | ||
Tempat lahir | Abidjan, Ivory Coast | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Lokeren | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2001 | ASEC Mimosas | 17 | (0) |
2001–2003 | Rennes B | 23 | (0) |
2003–2007 | Beveren | 107 | (0) |
2007– | Lokeren | 228 | (1) |
Jumlah | 375 | (1) | |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2000–2015 | Ivory Coast | 84 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Februari 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Februari 2015 |
Dia mempunyai 86 kaps untuk Ivory Coast, dan dipanggil untuk Piala Dunia FIFA 2006. Dia beraksi dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Serbia dan Montenegro pada 22 Jun 2006, dimana Ivory Coast menang 3–2.
Barry bermain dalam ketiga-tiga perlawanan untuk Ivory Coast dalam Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010. Barry mengekalkan jersi bersih ketika menentang Portugal dan Korea Utara. Barry menjaringkan gol penalti untuk Lokeren pada musim 2011–12, ketika kemenangan 4-0 ke atas Westerlo. Dia memenangi Piala Belgium bersama Lokeren pada musim yang sama.
Barry merupakan penjaga gol pilihan utama untuk Ivory Coast ketika kempen Piala Dunia FIFA 2014. Barry dipanggil oleh Ivory Coast untuk Piala Negara-Negara Afrika 2015 yang diadakan di Equatorial Guinea. Dia banyak diletakkan di bangku simpanan ketika pertandingan itu untuk memberi peluang kepada rakan sepasukan yang lebih muda Sylvain Gbohouo, tetapi beraksi dalam perlawanan akhir selepas kecederaan Gbohouo di peringkat separuh akhir. Perlawanan berakhir tanpa jaringan dalam masa sebenar dan selepas masa tambahan dan Barry menjadi hero Ivory Coast selepas menyelamatkan dua penalti dan menjaringkan penalti kemenangan.[3][4] Dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada 3 Mac 2015.[5]
Lokeren
Ivory Coast
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.