From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebuah bikar sebagai radas makmal ialah sebuah bekas silinder dengan dasar yang rata. Kebanyakan bikar juga memiliki suatu alur muncung untuk memudahkan penuangan cecair. Bikar memiliki pelbagai saiz, daripada satu mililiter ke beberapa liter. Berbanding dengan kelalang makmal yang berdinding serong, dinding bikar adalah tegak, kecuali bikar-bikar yang sedikit mencondong seperti bikar Philips. Bikar lazimnya diperbuat daripada kaca (kini, biasanya kaca borosilikat),[1] tetapi boleh juga diperbuat daripada logam seperti keluli tahan karat atau aluminium atau plastik-plsatik tertentu (terutamanya politena, polipropena dan PTFE).
Bikar biasanya memiliki tanda ukur yang menandakan isi padu cecair yang dimasukkan. Walau bagaimanapun, ukuran tanda-tanda ini boleh dianggap sebagai anggaran, dan tidak diniatkan bagi tujuan pengukuran yang tepat seperti yang dilakukan silinder penyukat atau kelalang volumetrik Kebanyakan ukuran pada bikar adalah tepat berjulat ~10%.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.