Perpustakaan Negara Perancis
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perpustakaan Negara Perancis (Bahasa Perancis: Bibliothèque nationale de France; Kependekan: BnF) merupakan perpustakaan negara bagi Republik Perancis. Ia adalah warisan koleksi diraja Perancis sejak Zaman Pertengahan serta merupakan perpustakaan terbesar dalam negara dan antara yang terbesar di dunia. Institusi ini juga adalah yang pertama dalam mengumpulkan koleksi penyerahan undang-undang.[1]
Perpustakaan Negara Perancis ڤرڤوستاكأن نڬارا ڤرنچيس | |
---|---|
Bibliothèque nationale de France | |
Maklumat umum | |
Singkatan nama | BnF |
Jenis | Institusi awam bersifat pentadbiran di bawah Kementerian Kebudayaan |
Ditubuhkan | 1461 |
Menggantikan | Perpustakaan Negara |
Laman sesawang | www |
Koleksi | |
Saiz koleksi | 40,000,000 rujukan 14,000,000 cetakan |
Item dikendalikan | BnFcollection.com – Mediatheque numerique |
Capaian dan penggunaan | |
Populasi diberi khidmat | Komuniti saintifik dunia |
Anggota bagi | Senarai: Couperin Consortium, Open Preservation Foundation, Konsortium IIIF, Konsortium Perpustakaan Penyelidikan Eropah, Komuniti GLAM Labs Antarabangsa, Persidangan Pustakawan Negara Eropah, Gabungan Pemeliharaan Digital, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa, Biro Persatuan Perpustakaan, Maklumat dan Pendokumenan Eropah, The French Publishers Association, Konsortium Pemeliharaan Internet Antarabangsa |
Pengurusan | |
President of the National Library of France | Gilles Pécout |
Pengarah | Laurence Engel |
Pertubuhan induk | Ministry of Culture of France |
Subsidiari | BnF-Partnerships, Q3044752, Maps and Plans Department of the BnF, Bibliothèque de l'Arsenal, Prints and Photographs Department of the Bibliothèque nationale de France, Manuscript department of the Bibliothèque nationale de France, BnF Museum, Music Department of the National Library of France, Département Philosophie, histoire, sciences de l'homme de la Bibliothèque nationale de France, Q89478697, Département Littérature et art Paris, Q65965621 |
Pemilik bagi | |
Perangkaan | |
Belanjawan | € 254 juta |
Kakitangan | 2,300 |
Kehadiran | 926,000 (2018), 920,818 (2019) |
Lokasi | |
Lokasi di Paris | |
Koordinat | 48°50′01″N 2°22′33″E |
Negara | Perancis |
Lokasi | Paris |
sunting · sunting di Wikidata |
Perpustakaan ini terdiri daripada 14 buah jabatan (département) dengan empat daripadanya terletak di Paris.[2] Antara jabatan yang terdapat di Paris ialah Jabatan Duit Syiling, Pingat dan Barangan Purba. Jabatan yang lain termasuklah Maison Jean-Vilar di Avignon serta dua pusat teknikal dan pemuliharaan iaitu di Bussy-Saint-Georges dan Sablé-sur-Sarthe. Perpustakaan Negara Perancis semakin dikenali kerana perpustakaan digitalnya iaitu "Gallica". Dengan adanya perpustakaan itu, para pengguna dapat melihat penghasilan semula 1.8 juta dokumen dalam bentuk teks, gambar dan bunyi secara digital.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.