Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jambatan darat Bering ialah sebatang jambatan darat yang berukuran kira-kira 1,000 batu (1,600 km) dari utara ke selatan, dan pernah menyambungkan Alaska dan Siberia timur ketika zaman ais Pleistosen. Jambatan darat ini tidak berglasier kerana saljinya teramat ringan kesan angin barat daya dari Lautan Pasifik kehilangan kelembapannya melalui Banjaran Alaska yang berglasier sepenuhnya. Padang rumput steppenya, termasuk sekali jambatan darat ini, yang meliputi beratus-ratus batu ke dalam kedua-dua benua dipanggil Beringia. Adalah dipercayai bahawa sebuah penempatan sekecil beberapa ribu manusia berjaya meredah Maksimum Glasier Terakhir di Beringia, terpisah jauh dari penempatan nenek moyangnya di Asia selama sekurang-kurangya 5,000 tahun, sebelum berkembang hingga ke Amerika lebih kurang selepas 16,500 tahun dahulu, ketika leburnya glasier-glasier Amerika yang menyekat laluan ke arah selatan.[1][2][3][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.