From Wikipedia, the free encyclopedia
Beowulf [bé-o-vulf] ialah sebuah puisi epik bahasa Inggeris Kuno. Ia merupakan antara karya kesusasteraan penting dalam sejarah penulisan bahasa tersebut yang merupakan induk kepada bahasa Inggeris hari ini. Pengarang puisi ini tidak dapat dikenal pasti,[1] namun diketahui datang dari kalangan masyarakat Inggeris-Saxon.
Puisi ini terdiri daripada 3,182 baris yang aliteratif. Tarikh tepat pengarangan puisi ini dipertelingkahkan antara para sejarawan namun ia dapat dipastikan antara tahun-tahun 975 dan 1025 Masihi.[2]
Kisah penuh yang dihikayatkan dalam puisi ini terpelihara dalam suatu manuskrip iaitu Kodek Nowell, kodeks tersebut kini disimpan dalam Perpustakaan British.
Beowulf, seorang pahlawan dalam kalangan orang Geat datang membantu raja puak Dane, Hrothgar, apabila singgahsana baginda dirosakkan seorang gergasi bernama Grendel. Beowulf membunuh Grendel dan induknya dengan sebilah pedang milik gergasi tersebut yang dijumpainya.[lower-alpha 1]
Beowulf dilantik sebagai raja puak Geat bertahun-tahun kemudian. Tidak lama selepas itu, seekor naga besar muncul menyerang tanahnya. Beowulf bersiap melawan bersama khadam-khadamnya namun tidak berjaya. Beowulf mengekori naga tersebut jauh ke dalam sarangnya di Earnanæs, hanya sepupunya Wiglaf dapat memasuki dengan selamat. Beowulf berjatya menewaskan naga tersebut, walau bagaimanapun luka hasil serangan naga tersebut mencederakannya dengan parah lalu Beowulf terkorban. Mayat Beowulf dibakar dan sebuah tugu didirikan bagi memperingati baktinya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.