Benigno Aquino III

From Wikipedia, the free encyclopedia

Benigno Aquino III

Benigno Simeon Cojuangco Aquino III (dikenali sebagai PNoy dan Noynoy; 8 Februari 1960 – 24 Jun 2021) ialah seorang ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-15 dari 2010 hingga 2016.[2][3][4] Beliau yang juga merupakan Senator Filipina, ialah satu-satunya anak lelaki bekas presiden Corazon Aquino dan bekas senator Benigno Aquino, Jr.

Fakta Segera Presiden Filipina, Naib Presiden ...
Benigno S. Aquino III[1]
Thumb
Potret rasmi, 2010
Presiden Filipina
Dalam jawatan
30 Jun 2010  30 Jun 2016
Naib PresidenJejomar Binay
Didahului olehGloria Macapagal-Arroyo
Digantikan olehRodrigo Duterte
Senator Filipina
Dalam jawatan
30 Jun 2007  30 Jun 2010
Ahli Dewan Perwakilan dari daerah ke-2 Tarlac
Dalam jawatan
30 Jun 1998  30 Jun 2007
Didahului olehJose Yap
Digantikan olehJose Yap
Maklumat peribadi
Lahir
Benigno Simeon Cojuangco Aquino III

(1960-02-08)8 Februari 1960
Manila, Filipina
Meninggal dunia24 Jun 2021(2021-06-24) (umur 61)
Quezon City, Filipina
Parti politikParti Liberal
PertalianBenigno Aquino, Jr. (bapa)
Corazon Aquino (ibu)
Kris Aquino (adik perempuan)
Tempat belajarYayasan Universiti Angeles
Bidang pengkhususanPenjawat awam
Tutup

Lepasan Universiti Ateneo de Manila ini pernah diguling oleh askar pemberontak dalam satu cubaan merampas kuasa ketika ibunya memerintah negara. Pada tahun 1998, beliau dipilih untuk menyertai Dewan Perwakilan sebagai Wakil daerah ke-2 wilayah Tarlac di Konges Filipina ke-11. Pada tahun 2007, beliau dilantik ke dalam Senat di Kongres Filipina ke-14.

Kehidupan awal dan pendidikan

Benigno Simeon "Noynoy" Aquino III dilahirkan pada 8 Februari 1960 di Hospital Universiti Timur Jauh di Sampaloc, Manila. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik Benigno Aquino, Jr. yang ketika itu menjadi Naib Gabenor wilayah Tarlac dan Corazon Cojuangco, anak perempuan seorang ahli perniagaan terkemuka Tarlac. Beliau mempunyai empat beradik, iaitu: Maria Elena (Ballsy), Aurora Corazon (Pinky), Victoria Elisa (Viel), dan Kristina Bernadette (Kris). Beliau belajar di Universiti Ateneo de Manila di Quezon City. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1981 dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi. Beliau ialah salah seorang pelajar bekas profesor ekonomi di Universiti Ateneo de Manila, bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

Pada September 1972, bapa Aquino, yang ketika itu ialah seorang senator dan pemimpin pembangkang terkemuka kepada Presiden Ferdinand Marcos, telah ditangkap kerana kegiatan subversif. Pada Ogos 1973, bapa beliau telah dibawa ke hadapan tribunal tentera di Fort Bonifacio. Pada 25 Ogos 1973, bapa Aquino telah menulis surat kepada anaknya dari Fort Bonifacio, memberi nasihat kepada anaknya bahawa "Tiada negara yang lebih besar di bumi daripada Tanah air kita. Anak, bola kini di tangan anda".

Pada tahun 1980, selepas beberapa siri serangan jantung, bapa Aquino telah dibenarkan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Amerika Syarikat, di mana keluarga Aquino hidup dalam buangan. Pada tahun 1981, tidak lama selepas tamat pengajian, Aquino menyertai keluarganya di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1983, selepas tiga tahun hidup dalam buangan di Amerika Syarikat, keluarga Aquino kembali ke Filipina, tidak lama selepas pembunuhan bapanya pada 21 Ogos 1983. Beliau menjadi ahli perniagaan Filipina, sebagai pembantu pengarah eksekutif PBSP. Kemudian beliau menyertai Mondragon Industry Philippines, Inc. sebagai pembantu Penyelia Jualan Runcit dan pengurus promosi Nike Filipina, Inc.

Dari 1986 hingga 1992, semasa ibunya menjadi presiden, Aquino menyertai Intra-Strata Assurance Corporation, sebuah syarikat milik bapa saudaranya Antolin Oreta Jr, sebagai naib presiden.

Pada 28 Ogos 1987, tentera pemberontak yang diketuai oleh Gregorio Honasan melakukan rampasan kuasa tapi gagal, cuba mengepung Istana Malacañang. Tiga daripada empat pengiring keselamatan Aquino telah dibunuh, dan yang terakhir telah cedera ketika melindunginya. Dia sendiri terkena lima peluru dan satu masih tertanam di lehernya.

Dari tahun 1993 hingga 1998, beliau bekerja untuk Central Azucarera de Tarlac, syarikat penapisan gula milik Hacienda Luisita, sebagai pembantu eksekutif pentadbiran 1993-1996 dan pengurus perkhidmatan 1996-1998.

Galeri

Pengiktirafan

Berikut ialah senarai pengiktirafan yang diterima oleh Aquino.

Penghargaan asing

  •  Jepun: Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (June 2, 2015)[5][6]
  •  Malta: Collar of the Knightly Order pro merito Melitensi (March 4, 2015)[7]
  •  Indonesia: Star of the Republic of Indonesia, First Class (October 10, 2014)[8][9]
  •  Kuwait: Collar of the Order of Mubarak the Great (March 23, 2012)[10]

Penghargaan ijazah

  • Fordham University – Honorary doctoral degree in Economics
  • Centro Escolar University – Honorary doctoral degree in Economics (April 11, 2012)[11]
  • Kasetsart University – Honorary doctoral degree in Economics
  • University of the Philippines, Diliman – Honorary doctoral degree in Law
  • Sophia University – Honorary doctoral degree in Law (December 13, 2014)[12]
  • Tarlac State University – Honorary doctoral degree in Humanities (May 14, 2015)[13]
  • Loyola Marymount University – Honorary Doctor of Humane Letters degree (February 17, 2016)[14]

Penghargaan

Kematian

Pada 24 Jun 2021, Aquino dimasukkan ke hospital di Pusat Perubatan Capitol di Bandar Quezon dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjalani rawatan dialisis.[16][17][18]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.