From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Thailand (Bahasa Thai: ธงไตรรงค์ thong trai rong, "Bendera Trirona") menunjukkan lima jalur yang mendatar: jalur-jalur paling luar berwarna merah, suatu jalur tebal dua kali tengah berwarna biru, dan jalur putih di antara kedua-dua jalur ini.
Warna merah-putih-biru melambangkan "negara-agama-raja", cogankata tidak rasmi negara Thai.[1] Bendera ini menjadi rasmi pada 28 September 1917 melalui suatu titah diraja oleh Raja Vajiravudh.[2]
Warna merah diketahui melambangkan tanah dan bangsa Thai, ia juga merupakan warna yang telah lama dipakai pada panji-panji diraja sejak zaman Raja Narai (1656-1688) memerintah dalam Kerajaan Ayutthaya. Warna putih berkaitan dengan agama. Warna biru pula melambangkan raja melalui perkaitan ia dengan hari keputeraan Raja Vajiravudh pada Sabtu menurut adat setempat.[3]
Ada juga yang mengusulkan penerapan warna biru ini sebagai tanda persekutuan dengan Pihak Bersekutu memerangi Kuasa Tengah semasa Perang Dunia Pertama menyerupai bendera-bendera Perancis dan British.[3]
Rincian warna rasmi untuk bendera ini diberikan dari Pejabat Perdana Menteri Thailand sempena ulang tahun ke-100 penciptaan bendera ini:[4]
(2017–kini) | Merah | Putih | Biru |
---|---|---|---|
Pantone | 350c | 225c | 246c |
CMYK | 0-85-70-35 | 2-1-0-3 | 39-43-0-71 |
RGB | 165-25-49 | 244-245-248 | 45-42-74 |
Hexadecimal | #A51931 | #F4F5F8 | #2D2A4A |
Bendera pertama yang digunakan di Siam adalah berwarna merah dan tidak bercorak, digunakan sewaktu pemerintahan Raja Narai dari 1680. Kemudiannya, pelbagai jenis simbol direkakan pada latar bidang bendera tersebut seperti sebilah cakeram putih ("cakeram Sudarsana") baik kosong mahupun ada bentuk seekor gajah putih atau matahari di dalamnya.
Dalam catatan rasmi, bendera Thai pertama kali direkakan pada tahun 1855 oleh Raja Mongkut (Rama IV), memaparkan seekor gajah putih (lambang diraja) di latar belakang yang merah, kerana bendera merah yang tidak bercorak tidak begitu sesuai digunakan di arena antarabangsa.
Pada 1916, bendera Thai diubah menurut rekabentuk yang digunakan sekarang, namun pada mulanya, jalur yang di tengah berwarna merah seperti jalur yang berada di lingkungan bendera. Jaur tengahnya warna merah tersebut diganti dengan warna biru untuk hari keputeraan raja semasa itu dan kekal sehingga hari ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.