From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera kebangsaan Belgium (Belanda: Vlag van België , Perancis: Drapeau belge , Jerman: Flagge Belgiens ) terdiri daripada tiga jalur menegak warna hitam, kuning dan merah.
Warna-warna bendera datang dari jata Kerajaan Brabant. Bentuk jalur menegak pula difikirkan diilham bendera Perancis sebagai perlambangan kepada pendirian mendokong perjuangan revolusi sepertimana yang berlaku di Perancis.
Nisbah ukuran bendera ini adalah 13:15 berdasarkan protokol ukuran bendera rasmi yang kepanjangan sebanyak 2.6 meter dan lebar sebanyak 3 meter.[1] Setiap lebar jalur merupakan satu pertiga lebar keseluruhan bendera.
Rincian warna khusus yang diberikan untuk bendera ini adalah seperti berikut:
Rekaan bendera ini muncul pada awalnya memalui suatu rekaan rekaan bendera berjalur mendatar merah, kuning dan hitam semasa peristiwa Revolusi Brabant[1] 1789–1790 yang membentuk Belgium Syarikat.
Rekaan bendera ini digunakan semula sehari selepas rusuhan berlaku di La Monnaie yang mencetuskan Revolusi Belgium pada 26 Ogos 1830 di mana para pemberontak menghasilkan rekaan bendera ini yang wujud di sebuah kedai kain berdekatan balai opera tersebut.[3] Jalur-jalur ini diolah agar menegak pada 23 Januari 1831, urutan jalur-jalur ini pula diolah kepada bentuk terkini ia pada 12 Oktober tahun sama.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.