From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Afghanistan ini digunakan oleh pemerintahan transisi Negara Islam Afghanistan pada tahun 2002-2004 dan secara rasmi digunakan sejak 4 Januari 2004.
Bendera ini terdiri dari tiga garis vertikal yang sama lebar. Garis kiri bewarna hitam, garis tengah bewarna merah, dan garis kanan bewarna hijau. Simbol di tengah merupakan simbol klasik yang menggambarkan sebuah masjid dengan mihrabnya menghadap Mekah. Bendera ini hampir sama dengan bendera yang digunakan tahun 1930-1973 dengan sedikit perbezaan iaitu simbol yang berwarna emas. Simbol ini menunjukkan tahun 1298 Hijrah yang sama dengan tahun 1919 M, iaitu tahun kemerdekaan Afghanistan dari British. Sejak kemerdekaannya, Afghanistan telah mengalami perubahan bendera setidaknya lima belas kali dan merupakan negara dengan bendera negara terbanyak di dunia..
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bendera Afghanistan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.