Benah perang
spesies serangga From Wikipedia, the free encyclopedia
Bena perang atau benah perang, dengan nama saintifik Nilaparvata lugens, ialah spesies benah yang memakan pokok padi (Oryza sativa L.). Serangga ini antara perosak utama pokok padi, yang merupakan makanan ruji bagi hampir separuh daripada penduduk dunia.[1] Mereka merosakkan padi secara langsung dengan memakan dan menyebarkan dua virus, iaitu virus kerdil hampa dan virus kerdil rumput pada padi. Serangan benah perang mampu menjejaskan sehingga 60% tuaian padi. Benah perang tersebar merentasi Australia, Bangladesh, Bhutan, Burma (Myanmar), Kemboja, China, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Korea Utara dan Selatan, Laos, Malaysia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. Tumbuhan perumah alternatifnya selain padi adalah Leersia hexandra.
Nilaparvata lugens | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Hemiptera |
Infraorder: | Fulgoromorpha |
Keluarga: | Delphacidae |
Subkeluarga: | Delphacinae |
Tribus: | Delphacini |
Genus: | Nilaparvata |
Spesies: | N. lugens |
Nama binomial | |
Nilaparvata lugens (Stål, 1854) | |
Benah perang merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan pokok dari tisu-tisu pembekal air dan makanan. Serangan benah perang yang teruk mampu mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati, dan sekiranya serangan itu tidak dikawal dan menjadi serius, ini menyebabkan hasil padi berkurangan.
Biologi

Benah perang terbahagi kepada dua iaitu bersayap pendek dan panjang.
Serangan padi
Benah perang biasanya menyasarkan pangkal rumpun padi di permukaan air. Serangan pada padi ini boleh bermula dari peringkat semaian sehinggalah peringkat padi berbuah. Serangan benah perang mampu merosakkan saluran makanan pada pokok dan menyebabkan pokok menjadi kurang subur. Semasa peringkat awal serangan, tompok kuning bulat muncul, yang kemudian menjadi keperangan disebabkan kekeringan pada pokok. Keadaan seperti itu dipanggil 'gersang benah'. Suhu merupakan faktor kritikal dalam kitaran hayat serangga ini. Kadar penetasan dan kemandiran adalah tertinggi sekitar 25 °C. Telurnya sensitif pada kekeringan dan akan kecut apabila pokok perumah layu. Pertumbuhan populasi benah perang maksimum pada julat suhu antara 28 hingga 30 °C.
Pemangsa
Pemangsa serangga ini termasuk lelabah Pardosa pseudoannulata dan Araneus inustus.[2] Dalam sesetengah kes, benah perang bertelur di tapak semaian sejurus sebelum penanaman, dengan itu memasuki sawah melalui cara ini.[3]
Kematian pembezaan bagi pemangsa dan benah perang bukan faktor utama kemunculan semula yang dicetuskan oleh racun serangga.[4] Sesetengah racun serangga terbukti meningkatkan kandungan protein kelenjar tambahan benah perang jantan, dan dengan itu meningkatkan kesuburannya.[5][6] Sesetengah racun serangga pula meningkatkan jumlah asid amino dan sukrosa yang terdapat pada floem pokok padi, dan dengan itu meningkatkan kemandiran benah perang.[7]
Kawalan
Penggunaan berlebihan urea sebagai baja nitrogen dan racun serangga boleh mendorong berlakunya wabak dengan meningkatkan pembiakan benah perang, dan mengurangkan populasi musuh semula jadinya.[8][9][10] Pada 2011, pemerintah Thailand mengumumkan inisiatif bagi menangani benah perang dengan mengehadkan penggunaan racun serangga yang menyebabkan wabak termasuk abamektin dan sipermetrin – keputusan disokong oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI).[11] IRRI turut melakarkan cadangan pelan tindakan bagi mengendali secara pintar wabak benah perang.[12] Pada Disember 2011, IRRI mengadakan persidangan di Vietnam bagi menangani ancaman salah guna racun serangga dan mengkaji pilihan bagi mengurangkan penggunaannya.[13]
Variati padi dengan ketahanan terhadap benah perang penting bagi menghalang berlakunya wabak.[14] Bagaimanapun, di kawasan yang kurang penggunaan racun serangga, ketahanan pada benah perang yang tinggi tidak diperlukan.[15] Mutagenesis kimia boleh meningkatkan dan mengurangkan tahap ketahanan padi pada benah perang dengan ketara.[16] Sesetengah racun serangga kimia, cth. imidakloprid, mampu menjejaskan gambaran gen pada padi dan dengan itu meningkatkan kelemahan pada benah perang.[17]
Dalam cubaan menjadikan kawalan benah perang lebih khusus spesies, penyelidik cuba membangunkan kaedah menukarkan gen benah perang khusus bagi metabolisme penghadaman, pertahanan dan xenobiotik. Banyak gen baru bagi fungsi ini telah dikesan dalam tisu dari usus kecil benah perang.[18] Sesetengah lektin tumbuhan tidak dapat dihadamkan oleh benah perang dan sekiranya dirumus dengan betul berpotensi melindungi padi daripada serangan benah perang.[19][20][21][22]
Kesan perubahan cuaca
Penyelidikan menunjukkan bahawa benah perang telah pun mendiami tahap tertinggi suhu tertahan. Ini mencadangkan bahawa peningkatan suhu di kawasan tropika dengan suhu tinggi melampau sekali-sekala akan mengehadkan kemandiran dan taburan benah perang.[23]
Lihat juga
- Benah hijau
- Benah putih
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.