pekan di daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Bestari Jaya (dahulunya Batang Berjuntai) adalah sebuah pekan kecil di Selangor, Malaysia. Ia terletak di daerah Kuala Selangor Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
"Batang Berjuntai" merupakan satu istilah dalam Bahasa Melayu (batang seperti ranting dan kayu yang tergantung). Kawasan ini pernah mempunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula.
Pada tahun 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada "Bestari Jaya". Antara penukaran adalah bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tempat dan masyarakat disana tidak disalah ertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh kerana istilah "batang" sering dikonotasikan dengan "penis". Selain itu ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan perkampungan ilmu berikutan terbina kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) disitu.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.