From Wikipedia, the free encyclopedia
Kolej Vokasional Kuala Selangor atau nama ringkasnya KV Kuala Selangor atau KVKS, merupakan sebuah kolej vokasional yang terletak di Bestari Jaya atau dahulu dikenali sebagai Batang Berjuntai.
Kolej Vokasional Kuala Selangor | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kuala Selangor, 45600, BATANG BERJUNTAI / BESTARI JAYA, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lama | Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor |
Jenis sekolah | Kolej Vokasional |
Moto | Shine With Skills |
Nombor sekolah | 0332718370 |
Kod sekolah | BHA3001 |
Pengerusi PIBG | Tn. Megat Md Arshad bin Md Saleh |
Pengetua | En. Mohd Daud bin Ismail |
Faks | 3032718371 |
Laman sesawang | http://kvkualaselangor.moe.edu.my/ |
Pada 2018, Kolej Vokasional Kuala Selangor memiliki 256 pelajar lelaki dan 376 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 632 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang pensyarah daripada pelbagai bidang.2018
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul
Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti
Sebelum ini Kolej Vokasional Kuala Selangor dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (8 Mac 1999). Seterusnya pada tahun 2013, ia dinaik taraf kepada Kolej Vokasional selaras dengan pelan transformasi pendidikan vokasional dibawah Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolej Vokasional Kuala Selangor menawarkan pengajiian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi kursus teknologi yang ditawarkan. Berikut merupakan kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Kuala Selangor :
Jom lawati :
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.