From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam peperangan laut, baris tempur (line of battle) adalah sejenis taktik di mana sesebuah armada kapal membentuk satu deretan panjang. Kegunaan pertamanya menjadi pertikaian, tarikh permulaan didakwa bermula pada tahun 1502 hingga 1652, dengan taktik baris tempur digunakan secara meluas pada tahun 1675.
Berbanding dengan taktik tentera laut sebelumnya, di mana dua buah kapal lawan saling merapati antara satu sama lain untuk bertarung secara individu, baris tempur mempunyai kelebihan iaitu setiap kapal dalam barisan dapat menembak dari bahagian sisi tanpa bimbang terkena kapal sahabat. Oleh itu, dalam jangka masa tertentu, armada dapat melepaskan lebih banyak tembakan.
Kelebihan lain ialah gerakan barisan relatif yang berkaitan dengan beberapa bahagian armada musuh memungkinkan penumpuan tembakan sistematik ke atas bahagian itu. Armada lain boleh mengelaknya dengan membuat manuver didalam barisan itu sendiri, dengan hasil tipikal bagi pertempuran laut sejak tahun 1675: dua armada berlayar sebelah menyebelah satu sama lain atau ikut arah angin yang bertentangan.
Kapal yang cukup kuat untuk bertahan di baris tempur dipanggil kapal perang layar (baris tempur) atau barisan kapal tempur, yang dipendekkan menjadi perkataan kapal tempur.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.