Bapa Gereja
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bapa Gereja atau Paderi-paderi Besar merupakan sekumpulan ulama dan penullis Kristian yang membina asas intelektual dan doktrin agama Kristian. Mereka aktif dalam zaman Patria, satu tempoh dalam sejarah yang kira-kira bermula dari hujung abad pertama dan berakhir pada pertengahan abad ke-8,[1] dan berkembang pada abad ke-4 dan ke-5 ketika agama Kristian dalam proses menjadi agama rasmi Empayar Rom.

Bagi kebanyakan mazhab Kristian, penulisan-penulisan Paderi-paderi Besar dari sebelum, semasa dan selepas Majlis Nicaea, diterima sebagai sebahagian daripada Tradisi Suci.[2] Penulis-penulis ini, yang dikira sebagai Bapa Gereja, berwibawa dalam menentukan asas agama Kristian dalam teologi dogmatik tradisional. Pengajian tentang Paderi-paderi Besar ini, yang dipanggil bidang Patristik, telah meluaskan maksud istilah ini, dan tiada senarai muktamad siapakah yang dikira antaranya.[3][4][sumber lebih baik diperlukan] Walaupun beberapa Paderi Besar seperti Origen dan Tertullianus membuat sumbangan penting kepada teologi Kristian kemudiannya, beberapa unsur-unsur ajaran mereka kemudiannya dikecam.
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.