Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) ialah sebuah bank di Malaysia. Bank ini ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan memberi pinjaman kepada Bumiputera dalam lapangan perdagangan dan perusahaan.
Bank Bumiputera mengalami masalah yang serius pada tahun 1983. Seorang akauntannya dibunuh di Hong Kong yang berkait dengan George Tan, seorang jurutera berasal dari Sarawak, Malaysia yang membuka perniagaan hartanah di Hong Kong bernama Carrian Group.
Kecekapannya membuat untung melalui pembangunan hartanah segera menarik ramai pelabur. Beliau dikatakan meminjam sejumlah wang daripada Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Hong. Siasatan mahkamah berkenaan penyalahgunaan dana terhadap beliau, Carrian Group, rakan niaga serta syarikat-syarikat yang berurus niaga dengan syarikat Carrian Group telah dimulakan pada Oktober 1984. Syarikat tersebut telah muflis dengan tanggungan hutang sebanyak lebih kurang USD$1.2 bilion. Kes itu dikenali sebagai "Kes Carrian" dan merupakan kes jenayah terpanjang dalam sejarah perundangan Hong Kong. Kes itu telah berlanjutan selama 17 tahun dan menelan belanja sebanyak HK$210 juta.
Sehingga kini,[bila?] keputusan mengenai kes ini masih kabur dan boleh dianggap[nyatakan menurut siapa?] tidak dapat diselesaikan.
Kemudian, Bank Bumiputera telah digabungkan dengan Rashid Hussain Berhad yang menguasai Development and Commerce Bank di bawah skim penggabungan bank-bank.
Kini,[bila?] Bank Bumiputera dikenali sebagai Commerce International Merchant Bank.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.