Bailee Madison

Pelakon wanita Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia

Bailee Madison

Bailee Madison (lahir 15 Oktober 1999) merupakan seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai May Belle Aarons, adik bongsu Jess Aarons dalam filem Bridge to Terabithia (2007) dan Maryalice dalam Merry Christmas Drake & Josh. Beliau juga dikenali sebagai Snow White muda dalam drama fantasi ABC Once Upon a Time dan sebagai Grace Russell dalam siri Hallmark Channel Good Witch. Karya lain beliau yang terkenal termasuk Don't Be Afraid of the Dark, Maggie dalam Just Go with It dan Harper Simmons dalam Parental Guidance.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Bailee Madison
Thumb
Madison pada Januari 2015
Kelahiran (1999-10-15) 15 Oktober 1999 (umur 25)
Fort Lauderdale, Florida, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
Rakan kongsi domestikAlex Lange
Laman web rasmiwww.baileemadison.com
Tutup

Biografi

Madison dilahirkan di Fort Lauderdale, Florida, anak bongsu daripada tujuh beradik. Beliau mempunyai empat abang dan dua kakak. Kakak sulungnya, Kaitlin Riley, juga seorang pelakon. Ibunya ialah Patricia Riley.[1] Beliau memulakan kerjayanya apabila beliau berusia dua minggu di dalam iklan Office Depot. Sejak itu, beliau telah muncul dalam beberapa iklan untuk Disney, SeaWorld, dan Cadillac. Beliau juga berkhidmat sebagai jurucakap muda untuk badan amal kanser kanak-kanak Alex's Lemonade Stand Foundation.[2][3]

Beliau membuat kemunculan filem pertama beliau dalam filem Lonely Hearts, di mana beliau memainkan watak Rainelle, seorang gadis yang dibawa ke tengah-tengah dunia kejahatan. Madison juga mempunyai peranan penting dalam filem Disney Bridge to Terabithia, berdasarkan buku kanak-kanak. Beliau melakonkan watak May Belle Aarons, adik perempuan watak utama lelaki yang dilakonkan oleh Josh Hutcherson. Beliau juga muncul dalam filem bebas Look sebagai Megan, seorang gadis yang diperhatikan dan dilarikan oleh penculik.

Thumb
Madison di Anugerah Faith and Values Awards Gala pada 2008

Madison mempunyai peranan kecil dalam Terminator: The Sarah Connor Chronicles semasa episod akhir musim 1 "What He Beheld" sebagai seorang gadis yang menjadi sebahagian daripada situasi tebusan yang hidup untuk jangka pendek. Dalam DVD tambahan dikatakan bahawa mereka berfikir tentang menukar peranan sedikit kerana sifat ganasnya, tetapi beliau menegaskan bahawa mereka tidak. Madison muncul dalam filem dibuat-untuk-TV Nickelodeon, The Last Day of Summer. Beliau memainkan watak seorang gadis yang membantu seorang kawan pada waktu yang sukar. Satu lagi penerbitan Nickelodeon yang dilakonkannya ialah filem Krismaa khas Merry Christmas, Drake & Josh. Beliau menjayakan peranan sebagai seorang gadis yang tinggal bersama keluarga angkat.

Madison dilihat dalam peranan sokongan dalam filem 2009, Brothers sebagai Isabelle Cahill, anak perempuan ketua Kapten Sam Cahill (Tobey Maguire) dan Grace Cahill (Natalie Portman). Untuk penggambarannya dalam filem itu, beliau dicalonkan untuk Anugerah Saturn dan Anugerah Pilihan Kritikan BFCA. Pada 2010, Madison muncul dalam filem Letters to God, di mana beliau memegang watak Samantha Perryfield, sahabat watak utama yang sedang bertarung dengan kanser.

Beliau muncul Conviction memainkan watak Hilary Swank yang lebih muda, Betty Anne Waters. Beliau boleh dilihat dalam episod "Locum" dari Law & Order: Special Victims Unit sebagai Mackenzie Burton, seorang gadis angkat dan merasakan dia hanya mengisi tempat anak perempuan yang lebih tua yang diculik tahun lalu. Beliau muncul dalam tiga episod siri seram kanak-kanak, The Hour Haunting arahan R.Line Stine.

Pada 2011, Madison mempunyai peranan ulangan dalam Disney Channel Original Series Wizards Of Waverly Place sebagai Maxine. Beliau juga muncul dalam Just Go with It, di samping Adam Sandler dan Jennifer Aniston, sebagai Maggie Murphy, seorang budak perempuan muda yang ingin menjadi pelakon. Madison muncul dalam filem drama, An Invisible Sign sebagai versi muda bagi watak Mona Gray lakonan Jessica Alba. Beliau membintangi peranan utama beliau dalam filem seram, Don't Be Afraid of the Dark, bersama Katie Holmes dan Guy Pearce di mana beliau pegang watak Sally Hurst, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dengan sendirian yang dihantar untuk tinggal bersama ayahnya dan teman wanita barunya.

Pada 2012, Madison muncul dalam filem Hallmark A Taste of Romance di samping Teri Polo dan James Patrick Stuart. Beliau juga mempunyai peranan tetamu sebagai versi muda bagi watak Ginnifer Goodwin Snow White di dalam siri TV Once Upon A Time. Beliau juga boleh dilihat sebagai watak utama dalam filem Cowgirls n 'Angels di mana beliau memegang watak Ida Clayton yang mempunyai fantasi mencari ayahnya, pelumba rodeo. Madison muncul dalam filem Hallmark yang bertajuk Smart Cookie sebagai Daisy, seorang gadis yang bersemangat untuk membuktikan dirinya sebagai Gadis Pengakap. Pada Disember, beliau muncul dalam filem komedi keluarga Parental Guidance, bersama Billy Crystal dan Bette Midler.

Pada tahun 2013, Madison mula memegang watak Hillary dalam sitkom ''Trophy Wife'', menggantikan Gianna LePera yang memainkan watak dalam episod pilot.[4] Pada tahun 2014, beliau mula memainkan peranan berulang Sophia Quinn dalam drama ABC Family The Fosters. Pada tahun 2015, beliau menjayakan peranan Grace Russell, anak perempuan Cassie Nightingale, dalam siri Hallmark Good Witch.[5]

Kerjaya Madison termasuk menyumbangkan suara latar untuk Breathe Bible. [6]

Penglibatan kemasyarakatan

Madison telah berkhidmat sebagai jurucakap pemuda kebangsaan untuk Alex's Lemonade Stand Foundation sejak 2010, sebuah organisasi yang menggalakkan kanak-anak untuk mengumpul dan menyebarkan kesedaran tentang kanser pediatrik dengan menjalankan sendiri gerai lemonad mereka.[7]

Filemografi

Thumb
Madison di Golden Globes Gift Lounge pada 14 Januari 2012

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
TahunTajukPerananCatatan
2006Lonely HeartsRainelle Downing
2007Bridge to Terabithia[8]May Belle Aarons
2007LookMegan
2008Phoebe in WonderlandOlivia Lichten
2009BrothersIsabelle Cahill
2010An Invisible Sign[9]Mona Gray muda
2010ConvictionBetty Anne Waters muda
2010Letters to GodSamantha Perryfield
2011Just Go With ItMaggie Murphy (Kiki Dee)
2011Don't Be Afraid of the DarkSally Hurst
201125 HillKate SlaterKameo
2012Parental GuidanceHarper Simmons
2012MonicaMonicaPeranan suara; animasi pendek
2012Cowgirls n' AngelsIda Clayton[10]
2013The Magic BraceletAshleyFilem pendek
2016Annabelle Hopper and the Ghosts of NantucketAnnabelle Hopper
2016The Night Before HalloweenMegan
2017A Cowgirl's StoryDusty RhodesJuga penerbit
2018The Strangers 2Kinsey
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
TahunTajukPerananCatatan
2007CSI: NYRose DuncanEpisod: "Boo"
2007HouseLucyEpisod: "Act Your Age"
2007UnfabulousYoung Addie Singer2 episod
2007Cory in the HouseMaya2 episod
2007Saving Sarah CainHannah CottrellFilem
2007The Last Day of Summer[11]MaxineFilem
2008Terminator: The Sarah Connor ChroniclesLittle GirlEpisod: "What He Beheld"
2008Merry Christmas, Drake & Josh[12]Mary Alice JohanssonFilem
2010Law & Order: Special Victims UnitMackenzie BurtonEpisod: "Locum"
2010HubworldDirinya sendiri[13]
2010, 2012R.L. Stine's The Haunting HourLilly Carbo / Jenny / Becky4 episod
2011Wizards of Waverly Place[14]Maxine Russo6 episod (Musim 4)
2011ChaseZoeEpisod: "Father Figure"
2011PowersCalistaPilot[15]
2012A Taste of RomanceHannah CallahanFilem
2012Smart CookiesDaisyFilem[7]
2012–13/16Once Upon a TimeYoung Snow White4 episod
2013HollistonBaileeEpisod "Rock the Cradle"
2013HalfRiley YoungFilem
2013Pete's ChristmasKatieFilem
2013–2014Trophy WifeHillary HarrisonSiri kerap (21 episod)
2014–2021The FostersSophia QuinnPeranan ulangan bermula dari musim 2
2014NorthpoleClementineFilem
2015–kiniGood Witch[16]Grace RussellSiri kerap (30 episod)
2015Northpole: Open for ChristmasClementineFilem
2015MulaneyRubyEpisod: "Ruby"
2015Good Witch HalloweenGrace RussellFilem Hallmark
2016Date with LoveHeidi WattsFilem Hallmark
2016Holiday JoyJoy HockstatterFilem
Tutup

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusanRuj.
2008Young Artist AwardsBest Performance in a Feature Film Young Actress Age Ten or YoungerBridge to TerabithiaMenang[17]
Best Performance in a Feature Film – Young Ensemble CastMenang[17]
Best Performance in a TV Series Guest Starring Young ActressHouseTercalon[17]
Best Performance in a TV Movie, Miniseries or Special – Supporting Young ActressThe Last Day of SummerMenang[17]
Movieguide AwardsMost Inspirational Television ActingSaving Sarah CainMenang[18]
2010BFCA Critics' Choice AwardsBest Young ActressBrothersTercalon[19]
Saturn AwardsBest Performance by a Younger ActorTercalon[20]
2011Young Artist AwardsBest Performance in a Feature Film (Leading Young Actress Ten and Under)An Invisible SignTercalon[21]
Youth Rock AwardsRockin' Child Performer (TV/ Film)Don't Be Afraid of the DarkTercalon[22]
2012Fangoria Chainsaw AwardsBest ActressTercalon[23]
Young Artist AwardsBest Performance in a Feature Film – Supporting Young ActressJust Go With ItTercalon[24]
2013Best Performance in a Feature Film – Young Ensemble CastParental GuidanceTercalon[25]
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.