From Wikipedia, the free encyclopedia
Volapük (volaˈpyk[1]) merupakan sebuah bahasa buatan, dicipta antara tahun 1879–1880 oleh Johann Martin Schleyer, seorang paderi Katholik Rom di Baden, Jerman. Schleyer berasa bahawa Tuhan telah memberitahunya dalam mimpi untuk mencipta sebuah bahasa antarabangsa. Perhimpunan Volapük diadakan pada tahun 1884 (Friedrichshafen), 1887 (Munich), dan 1889 (Paris). Perhimpunan yang pertama dan kedua menggunakan Bahasa Jerman, dan yang terakhir hanya menggunakan Volapük. Pada tahun 1889, terdapat kira-kira 283 buah kelab, 25 buah terbitan berkala dalam atau tentang Volapük, dan 316 buah buku teks dalam 25 bahasa. Kini terdapat kira-kira 20-30 orang penutur Volapük di dunia. Volapük tersingkir pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh bahasa-bahasa yang lebih ringkas dan lebih mudah dipelajari, seperti Esperanto dan Latino Sine Flexione.
Untuk band rock avant-garde Perancis, sila lihat Volapük (band). Untuk transliterasi ASCII untuk abjad Cyril, lihat enkoding Volapuk.
Volapük | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Dicipta oleh | Johann Martin Schleyer | ||||||
Latar dan penggunaan | International: kebanyakan di Eropah | ||||||
Penggunaan | bahasa buatan
| ||||||
Sumber | kosa kata daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | vo | ||||||
ISO 639-2 | vol | ||||||
ISO 639-3 | vol | ||||||
|
Catatan: ä, ö, dan ü kadangkala masing-masing ditulis sebagai ay, oy, dan uy (mirip dengan ejaan alternatif Bahasa German ae, oe, ue).
Wikipedia Volapük, ensiklopedia bebas |
Templat:OldWikisource
Ketahui lebih lanjut tentang Volapük di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.