From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Ucat, juga dikenali sebagai bahasa Cam Hainan atau bahasa Huihui (Cina ringkas: 回辉语; Cina tradisional: 回輝語; pinyin: Huíhuīyǔ), ialah bahasa bernada yang dituturkan oleh 4,500 orang Ucul di perkampungan Yanglan (Cina: 羊栏) dan Huixin (Cina: 回新) berhampiran Sanya, Hainan, China. Bahasa Ucat ialah ahli keluarga Polinesia-Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia, dan merupakan salah satu bahasa-bahasa Cam yang berasal dari pesisir Vietnam kini.
Bahasa Ucat | |
---|---|
Bahasa Cam Hainan | |
Asli kepada | China |
Kawasan | Hainan |
Etnik | Orang Ucul |
Penutur bahasa | 4,000 (2007) |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | huq |
Glottolog | tsat1238 |
ELP | Tsat |
Nada bahasa Cam Hainan sepadan dengan pelbagai bunyi dalam bahasa Cam Proto.[1]
Nilai nada (Cam Hainan) |
Jenis nada (Cam Hainan) | Bunyi hujung Cam Proto |
---|---|---|
55 | Tinggi | *-h, *-s; PAN *-q |
42 | Turun | *-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay Hujung bersuara: terasal |
24 | Naik | *-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan |
11 | Rendah | Vokal dan sengauan Hujung bersuara: terasal |
33 | Sedang | Vokal dan sengauan Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan |
Sifat luar biasa untuk suatu bahasa dari keluarga Austronesia, bahasa Ucat telah berkembang menjadi bahasa bernada, mungkin hasil daripada kesan linguistik kawasan dan hubungan dengan pelbagai bahasa bernada yang dituturkan di Hainan termasuk ragam bahasa Cina seperti bahasa Hainan dan bahasa Mandarin, bahasa-bahasa Dai-Kra seperti bahasa-bahasa Li, dan bahasa-bahasa Mien-Hmong seperti bahasa Kimmun.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.