Bahasa Maanyan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa Maanyan atau Ma'anyan merupakan sebuah bahasa yang dituturkan oleh suku Maanyan di Kabupaten Barito Timur, Kalimantan Tengah, dan sebagian Kabupaten Tabalong, Kalimantan Selatan (Kecamatan Tanta). Menurut riwayat, dahulu kala penutur Maanyan sebelum menempati kawasan yang mereka diami ketika ini berasal dari sebelah hilir dalam wilayah Kalimantan Selatan ketika ini. Termasuk juga Dayak Samihim di utara Kabupaten Kotabaru. Kawasan yang mereka tempati sekarang merupakan pemukiman suku Lawangan yang datang lebih dulu.

Fakta Segera Ma'anyan, Asli kepada ...
Ma'anyan
Asli kepadaIndonesia
KawasanKalimantan Selatan, Kalimantan Tengah (Indonesia)
Penutur bahasa
100,000
Austronesia
  • Melayo-Polinesia
    • Melayo-Polinesia Barat
      • Kalimantan-Filipina
        • Barito
          • Barito Timur
            • Barito Timur-Selatan
              • Ma'anyan
Kod bahasa
ISO 639-3mhy
Thumb
Tutup

Bahasa Maanyan diketahui sebagai bahasa yang paling dekat kemiripannya dengan bahasa Malagasi, bahasa yang dipakai di Madagaskar. Bahasa Malagasi berasal dari bahasa Barito Tenggara, dan bahasa Ma'anyan adalah saudara terdekatnya, dengan banyak kata pinjaman bahasa Jawa, Melayu,[perlu rujukan] dan bahasa-bahasa lain yang berasal daripada Sulawesi.[1][2] Telah diketahui bahawa orang Ma'anyan dibawa sebagai buruh dan hamba oleh orang-orang pribumi Indonesia dalam armada perdagangan mereka, yang sampai di Madagaskar sekitar tahun 50-500 Masihi.[3][4][5]

Perbandingan bahasa

Perbezaan Bahasa Banjar dan Bahasa Maanyan

MelayuBanjarMaanyan
monyetwarikwarik
bembanbambanwaman
bomohbalianwadian
empayarmaharajamiharaja
patihpatihpatis
lamalawaslawah
rekankawalkawal
ubattatambatatamba
senangarayaray
masihmagunpagun
ariaariauria
demangdamangdamhong

Perbezaan Bahasa Siang-Murung dan Bahasa Maanyan

MelayuSiang-MurungMaanyan
bembanbumbanwaman

Perbezaan Bahasa Merina dan Bahasa Maanyan

MelayuMerinaMaanyan
monyetvarikawarik

Perbezaan bahasa Maanyan dengan bahasa Malagasi

Penurunan dan evolusi bahasa Maanyan yang dituturkan para penghijrah Austronesia ke Madagaskar kepada bahasa Malagasi boleh diperlihatkan seperti berikut:

Bahasa Melayu Bahasa Banjar Bahasa Malagasi Bahasa Maanyan
Penguburan sekunder Aruh Buntang Famadihana Aruh Buntang
mem-beli ma-nukar mividy midi
air banyu rano ranu
laut/air (m)asin laut ranomasina ranu
orang urang ulun ulun
nama ngaran anarana ngaran
lemur/monyet/beruk warik varika weruk
angin ribut angin/ribut rivotra riwut
sendiri sorangan iray ra'erai

Lihat juga

  • kukurung

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.