Bahasa Erzya
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Erzya (эрзянь кель (erzjanj kelj)) dituturkan oleh kira-kira 500,000 orang di bahagian utara dan timur dan barat laut Republik Mordovia dan kawasan berdekatan dari Nizhniy Novgorod, Chuvashia, Penza, Samara, Saratov, Orenburg, Ulyanovsk, Tatarstan dan Bashkortostan di Russia. Sebuah diaspora boleh juga dijumpai di Armenia, Estonia, Kazakhstan dan lain-lain negeri merdeka yang baru dari Asia Tengah. Erzya semasa ini ditulis menggunakan huruf Cyrillic dengan tiada ubahsuaian kepada pelbagaian digunakan oleh bahasa Russia. Di Mordovia, Erzya adalah co-rasmi dengan Moksya dan Russia.
Bahasa ini tergolong kepada rumpun Mordvinik dari bahasa Finno-Volgaik sebuah sub-rumpun dari bahasa Finno-Ugrik. Erzya adalah rapat berhubungan dengan Moksya, tetapi adalah berlainan dalam fonetiknya, morfologinya dan kosa katanya.
Huruf: А/а, Б/б, В/в, Г/г, Д/д, Е/е, Ё/ё, Ж/ж, З/з, И/и, Й/й, К/к, Л/л, М/м, Н/н, О/о, П/п, Р/р, С/с, Т/т, У/у, Ф/ф, Х/х, Ц/ц, Ч/ч, Ш/ш, Щ/щ, Ъ/ъ, Ы/ы, Ь/ь, Э/э, Ю/ю, Я/я
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.