From Wikipedia, the free encyclopedia
BtoB (/ˈbiːtuːbiː/ BEE-too-bee; Hangul: 비투비 ; akronim kepada Born to Beat) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Cube Entertainment pada tahun 2012. Kumpulan ini terdiri daripada Seo Eun-kwang, Lee Min-hyuk, Lee Chang-sub, Im Hyun-sik, Peniel Shin, dan Yook Sungjae. Asalnya tujuh orang ahli, Jung Il-Hoon meninggal kumpulan ini pada Disember 2020.
BtoB | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2012 | -sekarang
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | cubeent btobofficial |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Hangul | 비투비 |
---|---|
Perumian Semakan | Bitubi |
McCune–Reischauer | Bitubi |
BtoB memulakan debut pada 21 Mac 2012, mempersembahkan lagu "Insane" (비밀) dan "Imagine" pada M Countdown.[1] Album mini pertama kumpulan ini, Born to Beat telah dikeluarkan pada 3 April 2012. Mereka mengeluarkan album penuh pertama mereka, Complete pada Jun 2015. Pada November 2014, mereka membuat debut Jepun mereka dengan "Wow" di bawah agensi Jepun Kiss Entertainment.[2]
Sejak debut kumpulan ini pada 2012, mereka telah menerima pelbagai anugerah, termasuk 30th Golden Disc Awards Best Vocal Group pada 2016, 2017 Melon Music Awards Top 10 Bonsang dan 25th Seoul Music Awards Ballad Award pada tahun 2018.[3] Lima daripada album mereka mengungguli Carta Album Gaon dan sembilan daripada single mereka memuncak dalam sepuluh teratas di Carta Digital Gaon.
Lima ahli BtoB menamatkan perkhidmatan tentera mereka dalam tempoh masa antara bulan Ogos 2018 dan November 2021. Pada tahun 2018, Eunkwang telah mendaftar pada 21 Ogos.[4] Pada 2019, Changsub mendaftar pada 14 Januari dan Minhyuk mendaftar pada 7 Februari.[5][6] Pada 2020, Eunkwang menyelesaikan tugas tenteranya pada 7 April,[7] Hyunsik dan Sungjae mendaftar pada 11 Mei.[8] Ilhoon telah mendaftar pada 28 Mei,[9] sebelum meninggalkan kumpulan ini pada 31 Disember.[10] Pada 21 Ogos, Changsub menamatkan perkhidmatannya.[11] Pada 12 September, Minhyuk menyelesaikan tugas tenteranya. Pada tahun 2021, Hyunsik dan Sungjae adalah ahli terakhir yang menamatkan perkhidmatan mereka, dilepaskan pada 14 November.[12]
Nama pentas | Pengenalan ringkas |
---|---|
Eunkwang |
|
Minhyuk (민혁) |
|
Changsub (장섭) |
|
Hyunsik (현식) |
|
Peniel (프니엘) |
|
Sungjae (성재) |
|
Nama pentas | Pengenalan ringkas |
---|---|
Ilhoon |
|
Pada bulan September 2016, BtoB mendedahkan kumpulan unit pertama mereka, BtoB Blue (Korea: 비투비 블루 ) yang terdiri daripada vokalis kumpulan ini, Eunkwang, Changsub, Hyunsik dan Sungjae. BtoB Blue mengeluarkan single digital, "Stand By Me" (Hangul: 내 곁에 서 있어줘; RR: Nae Gyeote Seo Isseojwo), pada 19 September 2016.[13]
BToB Blue mengeluarkan single digital, "When It Rains" pada 2 Ogos 2018.[14] Single itu digubah oleh ahli kumpulan Hyunsik.[15]
Pada Oktober 2020, BtoB mendedahkan kumpulan unit kedua mereka, BtoB 4U (Bahasa Korea: 비투비 포유) yang terdiri daripada ahli Eunkwang, Minhyuk, Changsub dan Peniel. Minhyuk menjelaskan bahawa nama itu bermaksud 'Untuk awak' dan juga merujuk kepada bagaimana terdapat empat ahli dalam unit itu.[16] Mereka debut dengan album mini pertama mereka Inside dengan single utama "Show Your Love" pada 16 November 2020.[17]
Tahun | Tajuk | Saluran | Nota |
---|---|---|---|
2012 | Amazon (Idol Master Zone) | Mnet | |
BtoB MTV Diary | SBS MTV | ||
2012–2013 | Sik's Sense | YouTube, Naver Starcast | |
BtoB's B+ Diary | SBS MTV | ||
2013 | Manager Self Camera (MSC Season 1) | YouTube, Naver Starcast | |
2014 | BLACK BOX (MSC Season 2) | ||
BtoB's Cool Men | SBS MTV | ||
2014–2015 | The Beat | YouTube, Naver Starcast, V Live | |
2016 | The Beat Extra | YouTube, V Live | |
2016–sekarang | BEATCOM | ||
2017 | BtoB: Conti-NEW | V Live CH+ | |
2021 | Kingdom: Legendary War | Mnet | Tempat ke-4 |
2022 | Born TO BTOB | U+IdolLive |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.