From Wikipedia, the free encyclopedia
Axiata Group Berhad (MYX: 6888) atau Axiata (dahulu dikenali sebagai TM International Berhad), ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia dengan operasi berterusan di Asia.[4]
Nama dahulu | TM International Berhad (1992–2009) |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | MYX: 6888 |
ISIN | MYL6888OO001 |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 12 Jun 1992 (Disenaraikan pada tahun 2009) |
Pengasas | Tan Sri Leo Moggie |
Ibu pejabat | Axiata Tower, 9 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Nepal |
Tokoh penting | Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, Pengerusi Izzaddin Idris, Pengarah Urusan/Presiden/CEO |
Keluaran | Operasi rangkaian mudah alih, infrastruktur rangkaian, internet digital |
Hasil | ▲ RM 24.4 bilion 2017[1] RM 21.6 bilion 2016[2] RM 19.9 billion 2015[2] |
Pendapatan bersih | ▲ RM 1.2 bilion 2017[3] RM 504.3 million 2016[2] RM 2.6 billion 2015[2] |
Pemilik | Khazanah Nasional |
Bilangan kakitangan | >25,000 |
Anak syarikat |
|
Tapak web | axiata |
sunting · sunting di Wikidata |
Perniagaan teras Axiata merupakan pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan perundingan pada skala antarabangsa. Fokus utama mereka untuk membuka pasaran baru di Asia, beberapa dengan penembusan yang rendah mudah alih di Asia Selatan dan Asia Tenggara[5].
Dahulunya dikenali sebagai TM International Bhd (TMI), syarikat telah ditubuhkan pada 12 Jun 1992 dan merupakan cabang operasi mudah alih dan antarabangsa Telekom Malaysia Bhd(TM)[6]. Berikutan pengasingan TMI daripada TM, syarikat telah disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2008[6]. Pada 2 April 2009, TMI menjalani penjenamaan semula, melancarkan nama baru syarikat, Axiata dan juga logo baru syarikat[7].
Slogan baru mereka, Menerajui Asia, juga telah dilancarkan, mencerminkan halatuju syarikat dalam memfokuskan perkembangan mereka dalam Asia.[7] Presiden dan CEO Kumpulan, Datuk Seri telah komen kepada pemberita akhbar Malaysia, The Star, bahawa ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan mereka kerana mereka tahu kelebihan rantau ini.[7]
Axiata mempunyai kawalan kepentingan dalam pengendali mudah alih di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja, dengan pegangan strategik penting di India, Singapura dan Iran. Kumpulan ini juga mempunyai kepentingan dalam operasi telekomunikasi bukan mudah alih di Thailand dan Pakistan[8].
Di dalam kenyataan media mereka pada tahun 2010, diumumkan bahawa Axiata telah mempunyai pelanggan di Asia dan pendapatan kumpulan sebanyak RM13.1 billion dalam tahun 2009[8]. Juga dilaporkan bahawa syarikat telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 25,000 orang di dalam 10 buah negara[8].
Syarikat-syarikat bersekutu dan anak-anak syarikat mudah alih Axiata beroperasi di bawah jenama ‘Celcom’ di Malaysia, ‘XL’ di Indonesia, ‘Dialog’ di Sri Lanka, ‘Robi’ di Bangladesh, ‘Smart’ di Kemboja, ‘Idea’ di India, ‘M1’ di Singapura dan ‘MTCE’ di Iran (Esfahan)[8].
Axiata juga mempunyai kepentingan minoriti di dalam:
Pada 4 Januari 2018, Bloomberg melaporkan bahawa Axiata sedang merancang IPO domestik anak syarikat menaranya edotco.[4] IPO itu dijangka mengumpul sebanyak $500 juta.[4]
Pada 21 Jun 2021, Axiata, Telenor dan Digi bersetuju dengan potensi penggabungan Celcom dan Digi untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi yang lebih kukuh di Malaysia, selepas perbincangan lanjutan yang berlangsung dua bulan sebelumnya. Jika diluluskan, penggabungan akan selesai pada penghujung 2022.[11][12][13] Perjanjian itu telah diluluskan oleh kedua-dua pemegang saham Celcom dan Digi pada 18 November 2022. Syarikat yang digabungkan itu dinamakan CelcomDigi. Apabila selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1% setiap satu dalam syarikat yang baru digabungkan itu. Penggabungan telah selesai pada 30 November 2022 dan syarikat itu memulakan operasinya pada hari berikutnya.[14][15][16][17][18][19]
Axiata mempunyai syarikat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Iran, Pakistan dan Thailand.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.