From Wikipedia, the free encyclopedia
"Arirang" (아리랑 ; sebutan bahasa Korea: [a.ɾi.ɾaŋ]) merupakan lagu tradisional yang sering bergelar lagu kebangsaan tidak rasmi Korea.[1] Ada kira-kira 3,600 variasi daripada 60 versi berbeza lagu ini, kesemuanya ada baris ulang yang serupa dengan "Arirang, arirang, arariyo (아리랑, 아리랑, 아라리요 )" Dianggarkan bahawa lagu ini lebih daripada 600 tahun lamanya.[2]
Arirang, lagu rakyat berseni kata di Republik Korea | |
---|---|
Negara | Republik Korea |
Rujukan | 445 |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2012 (sesi ke-7) |
Lagu rakyat Arirang di Republik Rakyat Demokratik Korea | |
---|---|
Negara | Republik Rakyat Demokratik Korea |
Rujukan | 914 |
Kawasan | Asia-Pasifik |
Sejarah inskripsi | |
Inskripsi | 2014 (sesi 9th) |
Hangul | 아리랑 |
---|---|
Perumian Semakan | arirang |
McCune–Reischauer | arirang |
"Arirang" dimasukkan dua kali dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO. Korea Selatan berjaya menyerahkan lagu ini untuk kemasukan dalam senarai UNESCO pada 2012.[3] Korea Utara juga berjaya menyerahkan lagu ini untuk kemasukan pada 2014.[4] Pada 2015, Lembaga Warisan Budaya Korea Selatan menambahkan lagu ini ke dalam senarai aset budaya tidak ketara terkemukanya.[5]
Semua versi "Arirang" mempunyai baris ulang seakan "Arirang, arirang, arariyo (아리랑, 아리랑, 아라리요 )." Perkataan "arirang" sendiri tiada maksud yang tertentu dalam bahasa Korea.[6] Sedangkan lirik-lirik lain berbagai-bagai mengikut versi, rata-ratanya memperlihatkan tema kesayuan, pemisahan, pertemuan semula dan kasih sayang.[7]
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|