From Wikipedia, the free encyclopedia
Argo Navis ("Argo sang Kapal") ialah sebuah buruj besar di langit selatan yang telah dibahagikan kepada tiga buruj moden Kekota (Puppis), Layar (Vela) dan Lunas (Carina). Genitif bahasa Latin bagi Kapal Argo adalah "Argus Navis" dengan singkatan "Arg". John Flamsteed dan ahli-ahli falak moden awal yang lain memanggil buruj tersebut sebagai Navis (Kapal) sahaja, dengan genitif "Navis" dan singkatan "Nav".
Ia dikatikan dengan sebuah kapal dalam penceritaan mitos Yunani purba bernama Argo yang digunakan Iason dan para anak kapal tersebut yang belayar ke Kolkhis untuk mencari Bulu Kencana.[1] Buruj asal kini dijumpai berdekatan ufuk selatan di langit Laut Tengah, boleh dilihat pada waktu musim bunga dan belayar ke barat, melayang di sepanjang "sungai Bima Sakti".[2] Disebabkan oleh liukan ekuinoks-ekuinoks, kebanyakan bintang Argo telah bergerak lebih jauh ke selatan sejak waktu Klasik dan hanya beberapa bintang yang boleh dilihat hari ini dari garis lintang Mediterranean.[3] Ini termasuklah bintang magnitud pertama yang paling terang, Canopus atau α Carinae (Lunas Alfa). Kesemua bintang Kapal Argo boleh dilihat dengan mudah di selatan khatulistiwa dan melewati berhampiran zenit dari garis lintang beriklim sederhana selatan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.