From Wikipedia, the free encyclopedia
Apnea tidur merupakan gangguan tidur yang melibatkan perhentian bernafas atau tempoh pernafasan cetek semasa tidur berlaku lebih kerap daripada biasa.[1] Setiap jeda boleh berlangsung selama beberapa saat hingga beberapa minit dan ia berlaku berkali-kali dalam satu malam.[1] Dalam bentuk yang paling biasa, perhentian pernafasan ini berikutan dengkuran kuat.[2] Selepas pernafasan diteruskan, mungkin terdapat bunyi tercekik atau dengusan.[1] Disebabkan gangguan tersebut mengganggu tidur normal, mereka yang terjejas mungkin terasa mengantuk atau letih pada siang hari.[1] Gangguan ini mungkin menyebabkan hiperaktif atau masalah-masalah lain di kalangan kanak-kanak yang berada di sekolah.[2]
Apnea tidur | |
---|---|
Nama lain | Sindrom apnea tidur |
Apnea tidur obstruktif | |
Pengkhususan | Otorhinolaringologi, perubatan tidur |
Gejala | Terhenti nafas beberapa saat atau terdapat tempoh pernafasan cetek sewaktu tidur, berdengkur, letik pada waktu siang[1][2] |
Kerumitan | Serangan jantung, strok, diabetes, kegagalan jantung, degupan jantung tak sekata, obesiti, kemalangan jalan raya[1] |
Permulaan biasa | umur 55–60 tahun[1][3] |
Jenis | Apnea tidur obstruktif, apnea tidur pusat, apnea tidur gabungan[1] |
Berat badan berlebihan, sejarah keluarga, alahan, tonsil membesar[4] | |
Kajian tidur semalaman[5] | |
Rawatan | Perubahan gaya hidup, pemakaian corong mulut, pemakaian alat pernafasan, pembedahan[1] |
Kekerapan | 1–6% (dewasa), 2% (kanak-kanak)[3][6] |
sunting |
Apnea tidur mungkin terbahagi kepada apnea tidur obstruktif yang melibatkan pernafasan terganggu disebabkan aliran udara tersumbat, apnea tidur pusat yang melibatkan penghentian nafas tidak sedarkan diri, atau gabungan kedua-duanya.[1] Bentuk obstruktif merupakan bentuk yang paling biasa,[1] dan faktor risikonya termasuklah berat badan berlebihan, sejarah keluarga yang pernah menghidap gangguan ini, alahan, saluran pernafasan yang kecil dan tonsil yang membesar.[4] Sesetengah orang yang mengalami apnea tidur tidak menyedari bahawa mereka mempunyai keadaan tersebut.[1] Dalam banyak kes ia mula-mula diperhatikan oleh ahli keluarga lain.[1] Apnea tidur sering didiagnosis melalui pemerhatian tidur semalaman,[5] dan lebih daripada lima episod gangguan mesti berlaku dalam masa sejam sewaktu masa tidur.[7]
Rawatan untuk gangguan ini mungkin termasuk perubahan gaya hidup, pemakaian corong mulut, pemakaian alat pernafasan serta pembedahan.[1] Perubahan gaya hidup untuk merawat gangguan ini mungkin termasuk pengelakkan alkohol, penurunan berat badan, pemberhentian merokok dan tidur dalam keadaan mengiring.[8] Peranti pernafasan termasuk penggunaan mesin CPAP.[8] Jika tidak dirawat, apnea tidur boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok, diabetes, kegagalan jantung, degupan jantung yang tidak teratur, obesiti, dan kemalangan jalan raya.[1]
Apnea tidur jenis obstruktif menjejaskan 1 hingga 6% orang dewasa dan 2% daripada golongan kanak-kanak.[3][6] Gangguan ini menjejaskan lelaki kira-kira dua kali lebih kerap berbanding perempuan.[3][9] Walaupun orang pada sebarang umur boleh terjejas, ia berlaku paling kerap di kalangan mereka yang berumur 55 hingga 60 tahun.[1][3] Apnea jenis pusat pula hanya menjejaskan kurang daripada 1% populasi manusia. [10] Sejenis apnea jenis pusat diterangkan dalam mitos Jerman tentang sumpahan Ondine melibatkan orang yang tidur akan lupa untuk bernafas.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.