From Wikipedia, the free encyclopedia
Anton Pavlovich Chekhov (Rusia: Антон Павлович Чехов , disebut [ɐnˈton ˈpavləvʲɪtɕ ˈtɕexəf]; 29 Januari 1860[1] – 15 Julai 1904)[2] merupakan pakar perubatan, dramatis dan pengarang Rusia yang dianggap sebagai antara penulis cerita pendek teragung dalam sejarah.[3] Kerjayanya sebagai seorang dramatis menghasilkan empat klasik dan cerita pendek terbaiknya dihormati oleh penulis dan pengkritik.[4][5] Anton Chekhov praktis sebagai doktor hampir sepanjang kerjaya sasteranya: "Ilmu perubatan ialah isteri saya yang sah", beliau pernah berkata, "dan sastera ialah perempuan simpanan saya."[6]
Anton Chekhov | |
---|---|
Lahir | Anton Pavlovich Chekhov 29 Januari 1860 Taganrog, Russian Empire |
Meninggal dunia | 15 Julai 1904 44) Badenweiler, Empayar Jerman | (umur
Pekerjaan | Pakar perubatan, penulis cerita pendek, penulis drama |
Warganegara | Rusia |
Tandatangan | |
Lahir di Taganrog. Sejak kecil menolong ayahnya bekerja di toko (“Pada masa kecil aku tidak mempunyai masa kecil”). Pada tahun 1879 masuk Fakulti Perubatan Universiti Moscow dan mulai menulis cerpen jenaka yang diterbitkan di majalah dan akhbar. Kumpulan cerpen yang pertama "Skazki Mel’pomeni" (Dongeng Melpomena) diterbitkan pada tahun 1884 bersamaan dengan tamatnya Universiti. Bekerja sebagai doktor sambil menyumbangkan karyanya ke akhbar “Novoe Vremya” (Masa Baru). Karyanya mendapat sambutan baik dan pada tahun 1887 dia memperoleh Hadiah Pushkin: buku "V Sumerkakh" (Dalam Gelap). Pada tahun 1895, Chekhov menerbitkan buku "Ostrov Sakhalin" (Pulau Sakhalin) yang mengisahkan lawatannya ke pulau itu pada tahun 1890. Dia juga masyhur sebagai dramawan: teater "Chayka" (Burung Camar) 1896; "Dyadya Vanya" (Paman Vanya), 1897; "Tri Sestri" (Tiga Adik-Beradik Perempuan), 1901; "Vishneviy Sad" (Kebun Ceri), 1904. Semua teaternya dipentaskan di Teater Seni Moscow. Pada tahun 1900, dia dipilih sebagai Anggota Kehormatan Akademi Ilmu Pengetahuan.
Bakat Chekhov dinilai tinggi oleh Leo Tolstoy. “Chekhov ialah Pushkin dalam bidang prosa” – katanya. Kritikus Indonesia Wilson Nadeak pernah menilai cerpen Chekhov sebagai berikut: “Membaca satire Anton Chekhov dalam cerpen-cerpennya, kita terenyak karena lakon kehidupan manusia ini tampaknya “kekeliruan” melulu. Cerpen-cerpennya sarat dengan filosofi kehidupan, yang “pas” dengan bentuknya yang pendek!” (Kompas, 28.3.2004)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.