baka anjing dari Jerman From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing pemburu bau gunung Bavaria, anjing pemburu bau gunung Bayern, anjing pemburu gunung Bavaria, atau anjing pemburu gunung Bayern[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing dari Jerman. Sebagai anjing pemburu bau, ia telah digunakan di Jerman sejak awal abad ke-20 untuk menjejak buruan terluka.
Nama lain | Anjing pemburu bau gunung Bayern Anjing pemburu gunung Bavaria Anjing pemburu gunung Bayern | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Kepala anjing pemburu gunung Bavaria adalah kuat dan memanjang. Tengkoraknya agak lebar dan sedikit berkubah. Ia mempunyai stop jelas dan batang hidung sedikit melengkung. Muncungnya patut lebar dengan rahang padu, dan bibirnya patut sepenuhnya melitupi mulut. Hidungnya hitam atau merah gelap dengan lubang hidung lebar. Telinganya terletak tinggi-tinggi dan sederhana panjang. Telinganya lebih lebar di dasar dan membulat di hujung dan jelas tergantung di sisi kepala. Tubuhnya lebih panjang sedikit daripada tingginya dan sedikit terangkat di punggung. Lehernya sederhana panjang, kuat, dengan sedikit gelambir. Garis atasnya menyerong sedikit ke atas dari kelasa ke sukuan belakang. Dadanya terbentuk dengan baik, panjang, sederhana lebar, dan menurun dengan baik dengan sedikit lipatan. Ia mempunyai krup panjang dan agak lurus dan belakang padu. Ekornya pula terletak tinggi-tinggi, sederhana panjang, dan tergantung ke paras keting, terangkat separas dengan tanah atau tergantung ke bawah.[perlu rujukan]
Anjing pemburu bau gunung Bavaria ialah anjing bersaiz sederhana yang biasanya berukuran seberat 20–30 kg (44–66 lb). Jantan adalah setinggi 47–52 cm (18.5–20.5 in), sementara betina pula adalah setinggi 44–48 cm (17.5–19 in).[1][2]
Lapis bulunya pendek, tebal, dan licau, terbentang rapat-rapat dengan tubuh, dan sederhana kasar. Lapis bulunya lebih halus pada kepala dan telinga, lebih kasar dan lebih panjang pada abdomen, tungkai, dan ekor. Lapis bulunya terdapat dengan cahaya warna perang kekuning-kuningan bertopeng hitam, merah, atau brindle, kadang-kadang dengan tanda putih pada dada.[3][4][5]
Anjing pemburu gunung Bavaria adalah tenang, yakin, dan sangat rapat dengan keluarganya tetapi menyendiri terhadap orang asing. Apabila berburu, ia berkeras, tekun, dan bersungguh-sungguh.[6] Ia tidak kerap terlihat sebagai anjing peliharaan; kebanyakannya masih digunakan sebagai pemburu dan penjejak.[7]
Sebuah kajian tahun 2009 mendapati pekali pembiakbakaan dalam sebanyak 4.5% dalam kalangan anjing berdaftar pada antara tahun 1992 dengan tahun 2004, iaitu angka paling rendah antara tiga baka anjing pemburu bau yang dikaji.[8]
Anjing gunung Bavaria dikembangkan pada abad ke-19 melalui pembiakbakaan silang antara anjing pemburu Hanover dengan anjing pemburu Tirol dan anjing pemburu lain.[3] Hasilnya ialah anjing pemburu yang unggul untuk kerja di pergunungan, yang lebih kecil dan lebih tangkas di rupa bumi gunung putus-putus.[6][7] Anjing gunung Bavaria mengkhusus dalam penjejakan buruan besar terluka seperti rusa dengan mengikuti jejak darah yang ditumpahkan oleh mangsa selepas ditembak.[9][3]
Pada tahun 1912, Klub für Bayrische Gebirgsschweißhunde ("Kelab untuk Anjing Pemburu Bau Gunung Bavaria") ditubuhkan di München.[1][2] Selepas itu, baka ini memperoleh kepopularan di Austria dan di Hungary.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.