From Wikipedia, the free encyclopedia
Angin najam (Jawi: اڠين نجم) atau angin bintang (Jawi: اڠين بينتڠ) adalah aliran gas yang dikeluarkan dari atmosfera atas bintang. Ia dibezakan dari ciri aliran keluar dwikutub bagi bintang muda dengan keadaannya kurang terkolimat, walaupun angin najam tidak secara umumnya sfera simetri.
Lain jenis bintang, lain pula jenis angin najamnya.
Bintang pasca jujukan utama yang hampir hujung nyawa sering mengeluarkan jirim besar-besaran dalam bentuk angin gergasi ( jisim suria setahun), perlahan (v = 10 km/s). Ini termasuk bintang gergasi merah, supergergasi dan cawangan gergasi berasimptot. Angin ini didorong oleh tekanan sinaran pada debu yang memeluwap di dalam atmosfera atas bintang.[1]
Bintang besar jenis O dan B mempunyai angin najam dengan kadar kehilangan jisim yang lebih rendah ( jisim suria setahun) tetapi mempunyai halaju yang sangat tinggi (v > 1–2000 km/s). Angin tersebut didorong oleh tekanan sinaran pada resonans garis serapan unsur berat seperti karbon dan nitrogen.[2] Angin najam bertenaga tinggi ini menghembuskan bebuuh angin najam.
Bintang jenis G seperti Matahari mempunyai angin dipacu oleh koronanya yang panas dan bermagnet. Angin Matahari juga dikenali sebagai angin suria. Angin ini mengandungi bahan yang kebanyakannya daripada elektron dan proton bertenaga tinggi (kira-kira 1 keV) yang dapat melepasi graviti bintang ini disebabkan suhu korona yang sangat tinggi.
Angin najam daripada bintang jujukan utama tidak kuat mempengaruhi evolusi bintang yang berjisim lebih rendah seperti Matahari. Walau bagaimanapun, bagi bintang lebih besar seperti bintang O, kehilangan jisim boleh berlaku disebabkan bintang menanggalkan sebanyak 50% daripada jisimnya semasa berada dalam jujukan utama: ini jelas memberi kesan yang ketara terhadap evolusi pada peringkat kemudian. Kesan itu juga boleh dilihat bagi bintang jisim pertengahan, yang akan menjadi kerdil putih pada hujung hayatnya dan bukan meletup sebagai supernova hanya kerana mereka kehilangan jisim yang mencukupi dalam angin mereka.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.