From Wikipedia, the free encyclopedia
Andrei Kravchuk (lahir13 April, 1962 di Saint Petersburg) merupakan pengarah filem dan TV Rusia yang dikenali menerusi filem The Italian.
Kravchuk hampir menghabiskan tesis sarjana dalam matematik apabile bertemu dengan Aleksei German dan Vladimir Vengerov. German menawarkannya kerja sebagai penolong kepada pengarah Yefim Gribov untuk We Are Going to America pada 1992.[1][2] Pada akhir pengambaran,Kravchuk memutuskan untuk meninggalkan pelajarannya dalam matematik dan menjadi pembikin filem. Beliau memasuki St. Petersburg Institute of Cinema and Television.[2][1] Selepas tamat, beliau bekerja bersama TV Rusia.[1] Antara 1992 dan 2001, beliau menulis dan mengarah: Indonesiia – lubov’ moya (Indonesia, My Love), Otbleski i Teni (Reflections and Shadows), Vecher i Utro (Evening and Morning) dan Rozhdestvenskaya Misteriya (The Christmas Miracle); dokumentari Deti v Strane Reform (Children in the Country of Reforms), Tamozhnya (Customs) dan Marlen Shpindler; dan episod TV siri Ulitsa razbitykh fonarei (Streets of Broken Streetlights) dan sirimini Agent Natsional’noi Bezopasnosti (Agent of National Security). Pada 2002, beliau mengarahkan filem Chernyi Voron (Black Raven) dan dokumentari Semyon Aranovich: Poslednii Kadr (Semyon Aranovich: The Final Shot),[1] khas untuk pembikin filem bernama Semyon Aranovich.[2]
Ketika kejatuhan ekonomi Rusia pada tahun 1999, ramai kanak-kanak duduk merempat di jalanan. Penulis skrip, Andrei Romanov menyakinkan Kravchuk dengan artikel surat khabar mengenai seorang anak yatim yang belajar membaca untuk mencari ibu kandungnya. [1][3] Mereka berdua berkolaborasi pada tahun 2000 menghasilkan, Italianetz (The Italian).[4][5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.