From Wikipedia, the free encyclopedia
Anatomi merupakan album studio keempat daripada penyanyi Faizal Tahir yang dilancarkan pada 4 November 2016 dalam bentuk digital dan fizikal. Album ini merupakan album pertamanya bersama Warner Music Malaysia selepas beliau meninggalkan syarikat rakaman Monkey Bone Records.[1][2]
Anatomi | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 4 November 2016 (Digital, CD) | |||
Dirakamkan pada | 2014 - 2016 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop, pop rock, Balada | |||
Panjang | 50:23 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Faithful Music Warner Music Malaysia | |||
Penerbit | Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok, Omar K | |||
Kronologi Faizal Tahir | ||||
| ||||
Single daripada Anatomi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Album yang diterbitkan bersama Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok dan Omar K mempertaruhkan tiga single utama, Assalamualaikum, Sayang, dan Sejati. Lagu lain ialah Setia, Suriram, Bukan Yang Pertama dan Menang, album Anatomi turut memuatkan lima lagu bonus iaitu Dirgahayu (bersama Datuk Siti Nurhaliza), Negaraku (bersama Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne), Assalamualaikum (Acoustic), Assalamualaikum (ABPBH 2014) dan Assalamualaikum (AJL30).[3]
Mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, Anatomi merupakan album studio keempat Faizal dan album pertama beliau yang diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan syarikat rakamannya sendiri, Faithful Music. Rakaman album ini dimulakan dengan keluaran single pertamanya, "Assalamualaikum" yang diterbitkan dalam 3 versi, iaitu versi studio, akustik dan persembahan secara langsung. Ia diikuti dengan single kedua, "Sayang" yang ditujukan khas untuk anak beliau, Khalid Al-Walid yang dilahirkan pada Oktober 2015.
Faizal berkata, lagu-lagu di dalam Anatomi mempunyai pelbagai maksud yang tersirat dan berkisarkan mengenai rencah kehidupan dan perhubungan sesama makhluk ciptaan Tuhan, dan menampilkan kelainan berbanding tiga album terdahulu.[4]
Anatomi menjadi subjek kecaman umum apabila konsep kulit album ini menjadi pertikaian banyak pihak.[5][6] Menurut Faizal dalam temuramah bersama Berita Harian, rekaan kulit album Anatomi mempunyai maksud yang tersendiri namun tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi. "Saya tak salahkan peminat sekiranya mereka tidak senang dengan rekaan kulit album saya. Ini kerana mungkin mereka masih tidak faham maksud yang tersirat di sebalik rekaan terbabit. Saya tiada masalah dengan setiap kritikan negatif yang diberikan kerana saya faham dengan apa yang saya buat...Saya juga tahu ada maklum balas yang kurang baik mengenai rekaan itu, tetapi saya tiada masalah dengan hal itu. Sebab saya bersama pasukan saya yang membuat rekaan kulit itu. Bagi saya, selagi orang tidak dapat penjelasan mengenai rekaan album itu, selagi itu mereka akan tertanya-tanya dan memberi pelbagai pandangan,".[7]
Anatomi dikeluarkan pada 4 November 2016. Album ini telah dipilih oleh Apple Music sebagai album terbaik 2016. Ini menjadikan Anatomi sebagai album Melayu pertama yang mengatasi ribuan album antarabangsa lain.[8]
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Assalamualaikum" | 3:38 | |
2. | "Suriram" | 2:54 | |
3. | "Sejati" | 3:31 | |
4. | "Menang" | 3:26 | |
5. | "Bukan Yang Pertama" | 3:37 | |
6. | "Sayang" | 3:47 | |
7. | "Setia" | 4:09 | |
8. | "Dirgahayu" (bersama Datuk Siti Nurhaliza) | 3:29 | |
9. | "Negaraku" (bersama Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne) | 3:38 | |
10. | "Assalamualaikum" (Acoustic) | ||
11. | "Assalamualaikum" (ABPBH 2014) | ||
12. | "Assalamualaikum" (AJL30) |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Planet Muzik | Lagu Terbaik Malaysia | Assalamualaikum | Menang |
Lagu Terbaik APM | Menang | |||
Anugerah Juara Lagu | Terbuka | Menang Naib Juara | ||
2016 | Anugerah Industri Muzik | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | |
Lagu Pop Terbaik | Tercalon | |||
Sejati | Menang | |||
Lagu Terbaik | Menang | |||
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Tercalon | |||
Anugerah Planet Muzik | Artis Lelaki Terbaik | Sayang | Tercalon | |
Lagu Terbaik Malaysia | Tercalon | |||
2017 | Anugerah Planet Muzik | Artis Lelaki Terbaik | Sejati | Tercalon |
Duo / Kolaborasi Terbaik | Dirgahayu (bersama Siti Nurhaliza) | Menang | ||
Lagu Terbaik Malaysia | Tercalon | |||
Anugerah MeleTOP Era | Lagu Meletop | Sejati | Tercalon | |
Anugerah Juara Lagu | Terbuka | Menang Naib Juara | ||
2018 | Anugerah Planet Muzik | Artis Lelaki Terbaik | Menang | Tercalon |
Anugerah MeleTOP Era | Lagu Meletop | Dirgahayu (bersama Siti Nurhaliza) | Tercalon | |
Grup / Duo Meletop | Menang |
Negara | Tarikh keluaran | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 4 November 2016 | CD, Muat turun digital[9] Penstriman digital[10] | Faithful Music, Warner Music Malaysia |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.