GX4000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik yang berpangkalan di Britain, Amstrad pada tahun 1990 di kawasan Eropah. Konsol ini merupakan percubaan syarikat Amstrad untuk bersaing dengan syarikat pengeluar konsol permainan video lain seperti Nintendo dan Sega[1], namun begitu kurang mendapat sambutan oleh kerana pasaran konsol Sega Genesis dan Super Nintendo Entertainment System yang semakin popular pada ketika itu[2]. Untuk rekod, kurang daripada 40 jenis permainan video dikeluarkan untuk konsol ini, selepas hanya bertahan tidak sampai setahun di pasaran[3].

Fakta Segera Pengilang, Jenis ...
Amstrad GX4000
Thumb
PengilangAmstrad
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitKesatuan Eropah September 1990
MediaKatrij ROM
CPUZilog Z80A 8-bit berkelajuan 4.0 MHz
InputAlat pengawal piawai
Tutup


Spesifikasi

Konsol GX4000 dijana dengan cip mikropemproses Zilog Z80A yang merupakan cip 8-bit. Oleh kerana konsol ini dipasarkan dalam penghujung generasi kedua, ianya tidak bertahan lama di dalam pasaran kerana era konsol 16-bit kian mendapat tempat di kalangan peminat permainan video.

Maklumat lanjut Sistem teras, Grafik dan suara ...
Sistem teras
Cip mikropemproses Zilog Z80A 8-bit berkelajuan 4.0 MHz
RAM 64 KB
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 4096 warna (32 warna dipaparkan di skrin)
Resolusi skrin 160px x 200px sehingga 640px x 200px[2]
Saluran audio 3 saluran mono
Tutup


Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.