From Wikipedia, the free encyclopedia
Amnesia (dari Bahasa Yunani Ἀμνησία) ialah keadaan terganggunya daya ingatan. Faktor amnesia boleh berupa organik atau fungsi. Punca organik boleh berupa kerosakan otak, akibat trauma atau penyakit, atau kegunaan ubat-ubatan (biasanya yang bersifat sedatif) dan yang paling teruk boleh juga disebabkan oleh pembedahan pemindahan sum-sum tulang belakang. Faktor fungsi ialah faktor psikologi, seperti mekanisme pertahanan ego. Amnesia dapat juga berlaku secara spontan, seperti berlaku pada amnesia global sementara.[1] Jenis amnesia global ini umum berlaku bermula usia pertengahan hingga usia tua, terutamanya pada lelaki, dan biasanya berlangsung kurang daripada 24 jam.
Kesan lain bagi amnesia ialah ketidakmampuan membayangkan masa hadapan dan akan menyebabkan pesakit akan sentiasa terbayang peristiwa yang telah berlaku dan lupa jika bertemu kembali dengan sesuatu yang terlupa tersebut. Kajian terakhir yang diterbitkan dalam rangkaian Proceedings of the National Academy of Sciences (Prosiding Akademi Kebangsaan Sains) menunjukkan bahawa amnesia dengan kerosakan pada hipokampus tidak dapat membayangkan masa hadapan.[2] Hal ini berlaku kerana apabila seorang yang normal membayangkan masa hadapan, mereka menggunakan pengalaman masa lalu untuk membina senario yang mungkin dihadapi. Sebagai contoh, seseorang yang cuba membayangkan apa yang akan berlaku dalam pesta yang hendak didatanginya akan menggunakan pengalaman pesta sebelumnya untuk membantu mengkonstruksi kejadian pada masa hadapan.
Kedua-dua kategori amnesia tersebut dapat muncul serentak pada pesakit yang sama. Contohnya seperti pada penunggang basikal motor yang tidak mengingat pergi ke mana sebelum pertembungan (amnesia retrogred), juga melupakan tentang kejadian di hospital dua hari setelahnya (amnesia anterograd).
Selain itu juga terdapat jenis amnesia lain yang cukup teruk:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.