Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
American Sniper ialah sebuah filem biografi perang Amerika Syarikat 2014[5] diarahkan oleh Clint Eastwood dan ditulis oleh Jason Hall. Ia adalah berdasarkan memoir American Sniper: The Autobiography of the Most Lethal Sniper in U.S. Military History (2012) oleh Chris Kyle. Filem ini dibintangi Bradley Cooper sebagai Kyle dan Sienna Miller sebagai isterinya Taya bersama-sama Luke Grimes, Kyle Gallner, Sam Jaeger, Jake McDorman dan Cory Hardrict.
American Sniper | |
---|---|
Pengarah | Clint Eastwood |
Penulis | Jason Hall |
Berdasarkan | American Sniper oleh Chris Kyle Scott McEwen Jim DeFelice |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Tom Stern |
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 132 minit[1][2] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $58.8 juta[3][4] |
Pecah panggung | $547.3 juta[3] |
Tayangan perdana adalah pada November 11, 2014 di Festival Institut Filem Amerika disusuli dengan tayanag teater terhad di Amerika Syarikat pada Disember 25, 2014 dan tayangan meluas pada Januari 16, 2015. Filem ini mencapai kejayaan besar dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $547 mjuta,[6] menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 di Amerika Syarikat ($350 juta), filem perang dengan kutipan tertinggi sepanjang masa dan filem Eastwood dengan kutipan tertinggi setakat ini.
Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dengan kebanyakkannya memuji lakonan Cooper dan arahan Eastwood. Di Anugerah Akademi ke-87, American Sniper menerima enam pencalonan dan memenangi satu.[7]
Tentera Laut Amerika Syarikat, Chris Kyle mengambil misi tunggalnya, melindungi rakan-rakannya dan menjadi salah satu daripada penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah Amerika. Ketepatan beliau bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya tetapi juga menjadikan dia sasaran utama pemberontak. Walaupun bahaya besar dan perjuangan untuk menjadi seorang suami yang baik dan bapa kepada keluarganya kembali di Amerika, Kyle berkhidmat empat lawatan bertugas di Iraq. Walau bagaimanapun, apabila dia akhirnya pulang ke rumah, dia mendapati bahawa dia tidak boleh meninggalkan perang di belakang.
American Sniper mengutip $350.1 juta di Amerika Utara dan $197 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul $547.1 juta berbanding bajet sekitar $58 juta.[3] Mengambil kira semua perbelanjaan dan pendapatan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $243 juta menjadikan ia filem kedua paling menguntungkan pada tahun 2014 hanya dibelakang Transformers: Age of Extinction.[18] Di peringkat antarabangsa, ia merupakan filem perang dengan kutipan tertinggi sepanjang masa (memecahkan rekod Saving Private Ryan)[19] dan filem Eastwood dengan kutipan tertinggi setakat ini. Ia merupakan filem rating-R ketujuh untuk mengutip lebih daripada $500 juta.[20]
American Sniper menerima ulasan positif daripada pengkritik. Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 72% berdasarkan 243 ulasan daripada pengkritik dengan purata rating 6.9/10.[21] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 72 daripada 100, berdasarkan ulasan daripada 48 pengkritik.[22] Dalam undian CinemaScore yang dijankan semasa hujung minggu pembukaan, penonton sinema memberi American Sniper gred jarang "A+" daripada skala A+ ke F.[23]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.