From Wikipedia, the free encyclopedia
Alexander Emmanuel Rodriguez (lahir 27 Julai 1975), digelar "A-Rod", ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang beraksi sebagai shortstop dan third baseman. Beliau juga seorang ahli perniagaan dan dermawan. Rodriguez telah beraksi selama 22 musim di Major League Baseball (MLB) bersama pasukan Seattle Mariners (1994–2000), Texas Rangers (2001–2003) dan New York Yankees (2004–2016). Rodriguez ialah pengerusi dan ketua pengarah eksekutif bagi A-Rod Corp serta pengerusi bir Presidente.[1] Beliau merupakan sebahagian daripada pemilik bagi pasukan National Basketball Association, Minnesota Timberwolves.[2] Rodriguez memulakan karier besbolnya sebagai antara prospek yang paling menarik tumpuan dan dianggap sebagai antara pemain besbol terhebat sepanjang zaman.[3][4][5]
Alex Rodriguez | |||
---|---|---|---|
Shortstop / Third baseman | |||
Dilahirkan: Manhattan, New York City, A.S. | 27 Julai 1975|||
| |||
MLB debut | |||
8 Julai, 1994, untuk Seattle Mariners | |||
Penampilan MLB terakhir | |||
12 Ogos, 2016, untuk New York Yankees | |||
Statistik MLB | |||
Purata pukulan | .295 | ||
Pukulan | 3,115 | ||
Home run | 696 | ||
RBI | 2,086 | ||
Pasukan | |||
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
|
Beliau kini menjadi pemain pertama dalam jumlah larian dan tapak diperoleh; kedua dalam pukulan tapak tambahan dan RBI, keempat dalam besbol bagi semua pemain dalam sejarah besbol sejak hari lahirnya ke-31. Rodriguez juga memiliki lebih HR, RBI, jumlah larian dan pukulan berbanding pemain terbanyak meraihnya sepanjang zaman iaitu Hank Aaron (RBI), Barry Bonds (HR), Rickey Henderson (jumlah larian) dan Pete Rose (pukulan) yang melakukannya sebelum hari lahirnya ke-31.[6] Beliau juga menjadi pemain termuda yang meraih 500 home run sekali gus meleburkan rekod Jimmie Foxx yang meraihnya pada tahun 1939.[7]
Pada tahun 2009, beliau telah mengaku telah mengambil steroid dari tahun 2001 sehingga 2003 semasa beliau bersama Texas Rangers untuk menjadi pemain yang lebih hebat dalam besbol.[8] Karier beliau telah tamat pada Ogos 2016.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.