From Wikipedia, the free encyclopedia
Al-Muhammad Ishazee Ishak Tarmizi Kechik (lahir 31 Mei 1980), juga dikenali sebagai Shazzy atau Shazee Ishak merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Album sulungnya, Aku Melayu dikeluarkan pada 2005 di bawah Wake The Baby yang memuatkan lagu hits, "Kenapa" duet bersama Lah Ahmad.[1][2]
Shazzy | |
---|---|
Nama lahir | Al-Muhammad Ishazee Ishak bin Tarmizi Kechik |
Juga dikenali sebagai | Shazee Ishak |
Kelahiran | Pulau Pinang, Malaysia | 31 Mei 1980
Genre | Hip hop, rap |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pengkarya berkait | Lah Ahmad, Ajai & Nurul, Audi Mok |
Shazzy dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Sains Malaysia (USM).[2]
Beliau menceburkan diri dalam muzik dari zaman sekolah menengahnya. Shazzy mengirimkan demo muziknya ke mana-mana sehingga suatu hari, komposisinya menarik minat penyanyi-penulis lagu Ajai, yang menandataganinya bersama Wake The Baby pada 2005 dan muncul bersama album pertama, Aku Melayu yang mengandungi 10 lagu dengan "Kenapa" duet bersama Lah VE dikeluarkan sebagai single utama.[3] Shazzy meninggalkan dunia hiburan untuk bekerja dalam penerbitan muzik selama tiga tahun, sebelum bekerja dalam sektor korporat, memegang jawatan pengurusan di syarikat taman tema.[2]
Shazee kemudian menjadi penggubah lagu sepenuh masa. Antara lagu ciptaannya termasuk "Berlari" (Tomok) dan "Mata" (Ayda Jebat). Beliau juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan jaz, GruvAvénue.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.