jenis aksara untuk menuliskan sebuah bahasa From Wikipedia, the free encyclopedia
Aksara Palawa ialah salah satu aksara daripada aksara-aksara Brahma yang dinamakan sempena wangsa Pallava yang berbangsa Tamil di Kanchipuram, Tamil Nadu, India Selatan dan dibuktikan sejak abad ke-4 Masihi. Di India, aksara Pallava berkembang daripada aksara Tamil[3] dan aksara Grantha.[4] Pallava merebak ke Asia Tenggara dan berkembang menjadi aksara tempatan seperti aksara Bali,[5] aksara Baybayin,[6] aksara Burma,[7] aksara Jawa,[8] aksara Kawi,[9] aksara Khmer,[10] aksara Taitham,[11] aksara Lao,[12] aksara Mon,[13] aksara Tailu,[14] aksara Sunda,[15] dan aksara Thai.[16]
Aksara Pallava | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Kannada Pertengahan, Tamil Kuno, Khmer Kuno, Melayu Kuno |
Tempoh masa | Abad ke-4 M hingga ke-8 M[1] |
Aksara induk | |
Aksara turunan | Tamil, Grantha, Mon Kuno, Khmer, Cam, Kawi |
Aksara kerabat | Vatteluttu, Kadamba |
Usulan untuk mengekod aksara Pallava dalam Unikod telah dikemukakan pada 2018.[17]
Semasa zaman pemerintahan Pallava, aksara Pallava mengikuti pendeta, sami, sarjana, dan pedagang ke Asia Tenggara. Warga Pallava membangunkan aksara Pallava berdasarkan aksara Brahma-Tamil. Ciri-ciri utama aksara baharu tersebut ialah bentuk huruf konsonan yang lebih secocok dan lebih lengkap. Aksara Pallava merupakan perkembangan pertama aksara Brahmi yang penting di India, dengan menggabungkan coretan bulat dan petak serta menambahkan kesan tipografi, dan sesuai untuk naskhah sivik dan agama. Aksara Pallava-Kadamba[18], iaitu aksara pra-Kadamba, berkembang menjadi bentuk awal aksara Kannada dan Telugu. Bentuk huruf menjadi lebih bulat dan menggabungkan gelung kerana penulisan pada daun dan kertas.[18]
Bentuk yang ditunjukkan di sini adalah berdasarkan contoh dari abad ke-7 Masihi. Huruf berlabel * mempunyai nilai bunyi yang tidak dapat dipastikan, kerana ia jarang ditemui di Asia Tenggara.
Setiap konsonan mempunyai bunyi /a/ hakiki, yang akan dibunyikan jika tiada tanda vokal diltambahkan. Jika dua konsonan mengikut satu sama lain tanpa vokal campur, konsonan kedua dijadikan bentuk subaksara, dan dilampirkan di bawah yang pertama.
Bunyi Vokal ini masih digunakan oleh Bahasa Tamil moden.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.