Ahmad Shukri Abdul Shukur

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Ahmad Shukri Abdul Shukur ialah ahli politik Malaysia yang pernah bertanding dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sala, Kedah pada 1969-1974 selepas menang dalam pilihan raya umum Malaysia 1969 mewakili Parti Islam Se-Malaysia. Dalam pilihan raya umum 1964, beliau tewas kepada calon Perikatan-UMNO, Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Kota Star Selatan[1]. Ahmad Shukri juga pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas menang di Parlimen Padang Terap dalam pilihan raya umum 1974, mewakili PAS yang bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Fakta Segera Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Terap, Didahului oleh ...
Ahmad Shukri Abdul Shukur
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Padang Terap
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Sala
Dalam jawatan
1969–1974
Didahului oleh Arshad Tunku Ismail
Digantikan oleh Yahya Junid
Maklumat peribadi
Parti politik Parti Hizbul Muslimin Malaysia (1983-)
Parti Islam Se-Malaysia (Sehingga 1983)
Tutup

Pada Julai 1983, Ahmad Shukri telah mengikuti bekas Yang Dipertua Agung PAS, Mohd Asri Muda menyertai parti baharu, Parti Hizbul Muslimin Malaysia. Beliau dilantik menjadi timbalan yang dipertua, ketua perhubungan negeri Kedah dan pengerusi jawatankuasa tatatertib parti tersebut[2].

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.