Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ebenezer Afriyie Acquah (lahir 5 Januari 1992 in Sunyani) dikenali sebagai Afriyie Acquah (/æˈfrɪˈjiː/ /æˈxwɑː/ a-FRI-YEE-' a-KHWAH-'), merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain sebagai pemain tengah untuk Yeni Malatyaspor.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ebenezer Afriyie Acquah[1] | ||
Tarikh lahir | 5 Januari 1992 | ||
Tempat lahir | Sunyani, Brong-Ahafo, Ghana | ||
Ketinggian | 1.79 m (5 ka 10 1⁄2 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Yeni Malatyaspor | ||
Nombor | 19 | ||
Kerjaya remaja | |||
Goldfields | |||
2005–2008 | Akademi Bola Sepak Glentoran | ||
2008–2009 | Mine Stars | ||
2009 | Bechem United | ||
2009–2010 | DC United of Ghana | ||
2010–2011 | Palermo | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011–2013 | Palermo | 31 | (0) |
2012–2013 | → Parma (pinjam) | 13 | (0) |
2013–2015 | 1899 Hoffenheim | 0 | (0) |
2013–2015 | → Parma (loan) | 41 | (1) |
2015 | → Sampdoria (loan) | 10 | (1) |
2015–2018 | Torino | 71 | (5) |
2018–2019 | Empoli | 28 | (2) |
2019– | Yeni Malatyaspor | 13 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012– | Ghana | 36 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:56, 18 Disember 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11:16, 15 Julai 2019 (UTC) |
Dilahirkan di Sunyani, Brong-Ahafo, Ghana, Acquah memulakan kariernya bersama Akademi Bola Sepak Glentoran di Sunyani, Ghana, yang ditubuhkan oleh kelab Ireland Utara, Glentoran F.C.[2] Semasa kariernya di Glentoran, Acquah dianugerahkan "pemain tengah terbaik Ghana bawah-14".[3]
Dia kemudiannya berpindah ke Bechem United kerana kelab Ireland Utara itu tidak dapat menandatanganinya kerana isu permit kerja, walaupun dia pergi ke Belfast untuk berlatih bersama pasukan utama mereka.[4] Pada bulan April 2009, dia bermain untuk Bechem United ketika menentang kelab Itali, Empoli.[5]
Pada 1 Februari 2010 Palermo menandatangani Acquah dari D.C. United of Ghana[6] secara percuma, tetapi €500,000 bayaran agen diberi kepada SCMG Sport Consulting & Management GmbH,[7] (syarikat sama yang menerima bayaran besar agen untuk Túlio de Melo.) Palermo didenda oleh FIGC kerana melanggar peraturan hak milik pihak ketiga pada bulan April 2012. FIGC mendapati bahawa Acquah telah menandatangani kontrak bersama agen itu pada bulan Jun 2009 tetapi dia tidak boleh menyertai mana-mana kelab sehingga dia berumur 18 tahun.[8]
Selepas memilih jersi bernombor 94,[9] Acquah membuat penampilan sulungnya untuk Palermo, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Giulio Migliaccio pada minit ke-32, ketika kekalahan 4-2 kepada Fiorentina pada 13 Februari 2011.[10] Selepas membuat empat penampilan sejak permulaan bulan April, Acquah menandatangani kontrak lima tahun, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.[11]
Pada 16 Julai 2012, Palermo mengumumkan bahawa mereka telah meminjamkan Acquah kepada seteru Serie A, Parma;perjanjian itu juga termasuk pilihan kepada Parma untuk mendapatkan separuh daripada hak perpindahan pemain itu pada akhir musim.[12]
Pada bulan Januari 2013, dia berpindah ke kelab Bundesliga, Hoffenheim dengan kontrak empat tahun tetapi dia tidak diberi peluang untuk bermain sehingga akhir musim 2012–13.[13] Pada bulan Julai 2013, dia kembali ke Parma secara pinjaman semusim. Dia membuat 27 penampilan liga pada musim 2013–14. Semasa musim ini, Acquah menjaringkan gol profesional pertama dalam kariernya, ketika kekalahan 4-2 kepada Roma pada 2 April 2014.[14] Tempoh perpinjamannya kepada Parma dilanjutkan untuk setahun lagi .[15][16]
Pada bulan Februari 2015, tempoh perpinjamannya di Parma ditamatkan lebih awal dan dia berpindah ke satu lagi kelab Serie A, Sampdoria secara pinjaman.[17] Acquah membuat penampilan sulungnya untuk Sampdoria, bermain 90 minit, ketika kekalahan 2-1 kepada Chievo.[18]
Pada 26 Februari 2012, Acquah dipanggil ke skuad Ghana untuk menentang Chile.[19] Acquah membuat penampilan senior pertamanya untuk Ghana ketika menentang Chile pada 29 Februari 2012 di PPL Park, Chester, Pennsylvania, USA.[20] Pada 13 Oktober 2012, di Stadium Civo, Lilongwe, dia menjaringkan gol untuk Ghana ketika menentang Malawi.[21]
Pada bulan Mei 2014, Acquah dinamakan dalama skuad sementara 26 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2014 oleh pengurus Ghana, James Kwesi Appiah.[22] Pada 2 Jun 2014, Acquah disenaraikan dalam skuad Ghana untuk edisi 2014.[23] Acquah membuat penampilan Piala Dunia pertamanya, masuk menggantikan Mohammed Rabiu pada minit ke-76, ketika kekalahan 2-1 kepada Portugal.[24]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.