Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Aegukga" (Korea: 애국가 , Hanja: 愛國歌 , disebut: [ɛːɡuk͈ːa]; har. "Lagu Cinta Negara"), ialah lagu kebangsaan Korea Selatan.
애국가 愛國歌 | |
National anthem Korea Selatan | |
Lirik | tidak diketahui pasti (Yun Chi-ho atau Ahn Changho), 1896[1] |
---|---|
Muzik | Ahn Eak-tai, 1936 |
Diguna pakai | Ogos 1948 |
Sampel audio | |
"Aegukga" (instrumental)
|
Hangul | 애국가 |
---|---|
Hanja | 愛國歌 |
Perumian Semakan | Aegukga |
McCune–Reischauer | Aegukka |
Liriknya dipercayai dikarang oleh Yun Chi-ho, seorang ahli politik atau An Chang-ho, seorang pejuang kemerdekaan pada akhir kurun ke-19; pada mulanya seni kata ini dinyanyikan mengikut melodi suatu lagu rakyat Scotland terkenal bernama "Auld Lang Syne", namun ia diharamkan pada zaman pemerintahan Jepun (1910-1945) lagu tersebut telah diharamkan tetapi rakyat Korea yang berada di luar negara tetap menyanyikannya bagi meluahkan aspirasi mereka untuk merdeka. Irama baru dan terkini lagu ini digubah pada tahun 1937 oleh seorang penggubah lagu yang mukim di Sepanyol bernama Ahn Eak-tae.
Status Aegukga sebagai lagu kebangsaan Korea Selatan masih belum rasmi namun ia sering digunakan di upacara-upacara di dalam dan luar negara.
Pada tahun 1890-an, dinasti Joseon yang sebelumnya didirikan mulai menghubungi negara-negara lain untuk pertama kalinya, termasuk Amerika Syarikat, Great Britain dan Empayar Rusia. Pertemuan dengan negara-negara asing memunculkan patriotisme, yang kemudian menciptakan beberapa "Aegugka". Misalnya, karya pada tahun 1896 termasuk "Aeguka" yang dibuat oleh Na Pil-gun, Han Myung-one, dan Lee Yong-mu.[2] Pada 21 November 1896, para sarjana dari Universiti Pai Chai menyanyikan versi Aegukga dalam upacara pintu kemerdekaan. Namun, lagu ini berbeda dari lagu yang dinyanyikan oleh Akademi Militer pada tahun 1898 dan dari lagu yang dinyanyikan pada hari ulang tahun mantan maharaja.[2]
Namun, sebuah buku dari zaman Empayar Korea pada tahun 1900 memiliki catatan lagu kebangsaan. Suatu gubahan yang diketahui sebagai "Aegukga Empayar Korea", atau secara harfiah "Lagu Kebangsaan Empayar Korea Raya" diyakini umum ditulis oleh Franz Eckert[2][3] yang juga menggubah lagu kebangsaan Jepun. Beberapa orang berpendapat bahawa catatan yang mendokumentasikan tindakan Franz Eckert menunjukkan bahawa secara fisik tidak mungkin baginya untuk menulis lagu kebangsaan. Diperkirakan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh sekolah Paejae adalah lagu Scotland Auld Lang Syne dan bahawa lagu yang dinyanyikan oleh Akademi Militer adalah versi dari lagu Inggeris God Save the Queen.[2]
Lagu yang dikaitkan dengan Eckert dibuat oleh pihak tentera pada tahun 1902. Versi lagu Eckert dengan lirik yang berbeda mulai diimplementasikan secara wajib rasmi di semua sekolah pada tahun 1904 hasil gesaan sampingan dari perjanjian-perjanjian dimeterai Korea bersama Jepun pada tahun 1905 serta tahun 1907.[2]
Ada banyak teori mengenai penulis lirik resmi Aegukga. Umumnya diyakini bahawa lirik tersebut ditulis untuk upacara peletakan batu pertama Gerbang Kemerdekaan di Seoul pada tahun 1896 oleh Yun Chi-ho, seorang politisi Korea.[2][4] Belakangan, Kim Gu pada masa pemerintahan Korea di pengasingan, berkata kepada rakan-rakannya: "Pada Gerakan 1 Mac, kami memiliki Taegeukgi dan Aegukga. Mengapa perihal siapa sang penulis menjadi masalah?" Dia menulis: "Lirik dan semangat lagu kebangsaan lebih penting daripada keberadaan penulis lirik."[5] Teori-teori lain menyebut penulis lirik adalah An Chang-ho, Choi Byung-hun, Kim In-sik, Min Yeong-hwan atau kombinasi dari penulis yang disebutkan di atas. "Suruhanjaya untuk mencari komposer 'Aegukga'" didirikan pada tahun 1955 oleh pemerintah atas permintaan Amerika Syarikat, tetapi jawatankuasa itu menyimpulkan bahawa tidak ada cukup bukti untuk menyebutkan siapa sosok penulis lirik.[6]
Awalnya, Aegukga dinyanyikan seirama lagu rakyat dari Scotland iaitu "Auld Lang Syne" yang diperkenalkan ke Korea oleh para mubaligh Barat. Pemerintah Korea Sementara (1919–1945) di Shanghai, China kemudiannya menggunapakai versi ini sebagai lagu kebangsaan mereka. Pada upacara perayaan pendirian Korea Selatan pada 15 Ogo1948, lagu Scotland tersebut akhirnya digantikan dengan menyadur petikan suatu simfoni bernama Korea Fantasia gubahan Ahn Eak-tai pada tahun 1935, meskipun penggunaannya telah dilakukan secara tidak resmi beberapa tahun sebelumnya.[7] Aegukga yang baru kemudian diadopsi oleh Keputusan Presiden tahun 1948 oleh Presiden Korea Selatan Syngman Rhee (atau Lee Seungman).
Hingga 1987, Aegukga selalu didahului oleh empat ruffles and flourishes mirip amalan dilakukan di Taiwan, hari ini lagu dimainkan setelah memainkan musik kehormatan presiden.[8]
Hangul | Hanja dan hangul | Perumian Semakan | Terjemahan bahasa Melayu |
---|---|---|---|
1 | 1
|
1
|
1
|
후렴: | 후렴:
|
Hu-ryeom:
|
Korus
|
2 | 2 | 2 | 2
|
3
|
3
|
3
|
3
|
4
|
4
|
4
|
4
|
Memandangkan Ahn Eak-tai meninggal dunia pada tahun 1965, hak cipta gubahan lagu ini tidak akan luput hingga seawal tahun 2036. Atas sebab ini ada beberapa kejadian di mana ada terungkit masalah daripada isu ini - dua persatuan bola sepak profesional Korea Selatan pernah dikecam kelompok pemegang hak cipta kerana memainkan lagu ini pada Disember 2003.[11] Namun, pada 16 Mac 2005, janda Ahn, Lolita Ahn, dan waris keluarganya menyerahkan semua hak cipta Aegukga milik mereka kepada pemerintah Korea Selatan.[12] Sejak saat itu, Aegukga menjadi lagu berdomain publik.[13]
Lirik lagu kebangsaan Korea Selatan telah dikritik oleh beberapa orang kerana terlalu berfokus kepada nasionalisme etnik daripada republikanisme awam,[14][15] sehingga memupuk keterkaitan lebih kepada nasionalisme etnik terhadap "ras Korea" berbanding patriotisme terhadap negara Korea Selatan itu sendiri.[14] Telah diperdebatkan bahawa kesan sampingan dari ini adalah meningkatnya simpati di antara Korea Selatan untuk rejim Korea Utara dengan kedok pan-nasionalisme etnis, yang mungkin dapat membahayakan keselamatan Korea Selatan dalam menghadapi ancaman tentera Korea Utara.[14][15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.