Adobe Systems

Penyelesaian kreatif, pemasaran dan pengurusan dokumen From Wikipedia, the free encyclopedia

Adobe Systems

Adobe Systems Incorporated (disebut "a-do-bi" (NASDAQ: ADBE) ialah sebuah syarikat perisian komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini tertumpu pada perekaan keluaran perisian multimedia dan kreatif, di samping melibatkan diri dalam pembangunan perisian aplikasi Internet kaya.

Fakta Segera Dinamakan sempena, Jenis/bentuk sah ...
Adobe Systems Incorporated
Dinamakan sempenaAdobe Creek 
Jenis/bentuk sahAwam (NASDAQ: ADBE)
ISINUS00724F1012 
IndustriPerisian komputer[1]
DitubuhkanMountain View, California (1982)
PengasasCharles Geschke
John Warnock
Ibu pejabatSan Jose, California,  Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingCharles Geschke, Pengasas
John Warnock, Pengasas
Shantanu Narayen, Presiden & CEO
KeluaranLihat List of Adobe products
Hasil $ 3.579 bilion (2008)[2]
Pendapatan kendalian $ 1.028 bilion (2008)[2]
Pendapatan bersih $ 871.8 juta (2008)[2]
Modal252,820,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) 
Jumlah aset $ 5.821 bilion (2008)[2]
Jumlah ekuiti $ 4.410 bilion (2008)[2]
Bilangan kakitangan7,173 (February 2009)[3]
Anak syarikatMarketo, Adobe Creative Cloud 
Tapak webAdobe.com
LinkedIn: adobe
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Adobe diasaskan pada Disember 1982[3] oleh John Warnock dan Charles Geschke yang meninggalkan Xerox PARC untuk membangunkan dan menjual bahasa perihalan halaman PostScript. Pada tahun 1985, Apple Computer melesenkan PostScript untuk kegunaan keluaran mesin cetak LaserWriter yang membantu mencetuskan revolusi penerbitan meja. Nama syarikat Adobe berasal dari anak sungai Adobe yang mengalir di belakang rumah salah seorang pengasasnya di Los Altos, California.[3] Adobe membeli bekas pesaingnya, Macromedia, pada Disember 2005, lantas memperbaharui portfolio keluarannya dengan keluaran dan platform perisian baru seperti Adobe Flash dan Adobe Flex.

Tepat pada Februari 2009, Adobe Systems ada 7,173 orang kakitangan,[3] 40% daripada mereka bertugas di San Jose. Adobe juga menjalankan operasi pembangunan penting di Orlando, Florida; Seattle, Washington; San Francisco, California; Minneapolis, Minnesota; Newton, Massachusetts; San Luis Obispo, California (AS); Ottawa; Ontario (Kanada); Hamburg (Jerman); Noida dan Bangalore (India); Bucharest (Romania); dan Beijing (China).

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.