ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Abu Bakar Mohd Salleh ialah ahli politik Malaysia dari negeri Terengganu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Terengganu yang pertama yang berkhidmat dari tahun 1959 hingga 1964. Dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Mohd Daud Abdul Samad, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (1959-1961). Beliau juga merupakan antara pengasas PAS di Dungun dan pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun.
Abu Bakar Mohd Salleh | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Sura | |
Dalam jawatan 1959–1964 | |
Didahului oleh | "Konstituensi baharu" |
Digantikan oleh | ![]() |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pada 2011, beliau bersama 20 individu yang lain dinobat sebagai tokoh Jubli Emas PAS Terengganu.[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.