Ableisme
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ableisme (bahasa Inggeris: ableism terbitan perkataan Inggeris able "berupaya" serapan Perancis turunan Latin habilis "mudah gerak"[1]) atau habilisme ialah bentuk diskriminasi dan sangka buruk terhadap atas orang lain upaya (OKU) atau mana-mana individu yang disifatkan sekelainan.[2] Dalam hal ini, individu terkesan menerima atau dinafikan kebolehan, kemahiran atau orientasi perwatakan. Beberapa stereotaip yang ada merujuk kepada OKU secara awam atau dikhususkan terhadap sifat-sifat tertentu, seperti pemahaman bahawa setiap OKU mahu sembuh.[3] Stereotaip sebegini menjadi bahan pewajaran bagi perbuatan-perbuatan penindasan, dan mengukuhkan perilaku menindas warga OKU.[4] Pelabelan memberi kesan kepada OKU apabila ia mengehadkan pilihan atau kebolehan mereka.[5]
Dalam persekitaran
Dalam bidang pendidikan, bentuk-bentuk habliisme termasuk memaksa seorang murid OKU membaca suatu teks tanpa memberi pilihan mendengar suatu rakaman teks yang lebih memudahkan pemahaman isinya. Pada masa lalu, sekolah-sekolah banyak menumpukan usaha untuk memulihkan kecacatan murid, tetapi, pendidikan sekolah pada kini lebih tertumpu kepada mengurangkan implikasi kelainan upaya serta memberi sokongan, kemahiran dan peluang terhadap mereka.[6]
Dalam sektor pekerjaan, habilisme boleh berlaku atas persepsi majikan berkenaan kos tambahan yang diperlukan untuk memberi kemudahan kepada warga OKU.[7] Bagaimanapun, satu kajian mendapati rata-rata kemudahan ini tiada sebarang kos, dan kos-kos yang ada boleh diimbangkan dengan pemerolehan yang bakal diberikan pekerja OKU.[8]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.