From Wikipedia, the free encyclopedia
Abdalla Hamdok Al-Kinani (Arab: عبدالله حمدوك الكناني ; lahir 1 Januari 1956)[1] ialah seorang pegawai awam Sudan menjawat Perdana Menteri negara tersebut terkini dan ke-15. Beliau sebelum ini berkhidmat dalam seberapa jawatan kebangsaan dan antarabangsa utama[2] termasuk Naib Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi Amerika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (November 2011 hingga Oktober 2018).[2][3] Majlis Kedaulatan Sudan melantik beliau sebagai Perdana Menteri Sudan semasa peralihan pemerintahan dari Majlis Peralihan Ketenteraan pada 21 Ogos 2019.[1]
Abdalla Hamdok | |
---|---|
عبدالله حمدوك | |
Perdana Menteri Sudan ke-15 | |
Menyandang jawatan 21 November 2021 | |
Presiden | Abdel Fattah al-Burhan |
Didahului oleh | Kosong |
Dalam jawatan 21 Ogos 2019 – 25 Ogos 2021 | |
Presiden | Sovereignty Council |
Didahului oleh | Mohamed Tahir Ayala |
Digantikan oleh | Vacant |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Al-Dibaibat, Sudan | 1 Januari 1956
Parti politik | Bebas |
Gabungan politik lain | Badan Kebebeasan dan Perubahan (hingga 2021) |
Pasangan | Muna Abdalla |
Anak | 2 |
Pendidikan | Universiti Khartoum Universiti Manchester |
Beliau diculik semasa rampasan kuasa dilakukan pihak tentera Sudan pada Oktober 2021[4] Kuasa-kuasa besar Barat seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat tetap memberikan pengiktirafan kepada kabinet pemerintah beliau sebagai pemerintahan peralihan yang sah berikutan kejadian ini.[5] Beliau dibebaskan bersama sebilangan tahanan politik lain serta dipulihkan semula jawatan perdana menterinya pada 21 November 2021 atas persetujuan dengan parti-parti politik awam seluruh Sudan.[6][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.