From Wikipedia, the free encyclopedia
A Million Ways to Die in the West ialah filem komedi Amerika Syarikat 2014 diarahkan, dihasilkan dan dibintangi Seth MacFarlane yang menulis lakon layar bersama Alec Sulkin dan Wellesley Wild. Filem ini juga dibintangi Charlize Theron, Amanda Seyfried, Neil Patrick Harris, Giovanni Ribisi, Sarah Silverman dan Liam Neeson. Ia dihasilkan oleh Media Rights Capital dan diedarkan oleh Universal Pictures.[4][5] Filem ini ditayangkan pada Mei 30, 2014.[6][7]
A Million Ways to Die in the West | |
---|---|
Pengarah | Seth MacFarlane |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Dikisahkan oleh | Rex Linn |
Sinematografi | Michael Barrett |
Disunting oleh | Jeff Freeman |
Muzik oleh | Joel McNeely |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Universal Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 116 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $40 juta[2] |
Pecah panggung | $86.4 juta[3] |
Berlatarkan tahun 1882 di barat Amerika Syarikat, Albert adalah seorang petani hina dengan teman wanita cantik. Tetapi apabila dia meninggalkannya untuk pemilik kedai misai yang lebih kacak dan berjaya, Albert kembali ke kehidupan harian yang sepi cuba untuk mengelakkan kematian. Kemudiannya, Anna yang misteri memasuki pekan itu dan mendapat perhatian dan hati Albert tetapi dengan suaminya yang berada di pekan, Albert perlu menjadi hero barat yang menggunakan senjata yang dia tidak pernah dijadinya. Ia tidak akan menjadi mudah kerana terdapat satu juta cara untuk mati di barat.
A Million Ways to Die in the West menerima ulasan bercampur daripada pengkritik.[18][19] Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 33% berdasarkan 188 ulasan dengan purata skor 4.9/10.[20] Laman web Metacritic memberi filem ini skor 44 daripada 100, berdasarkan 43 pengkritik.[18]
A Million Ways to Die in the West mengutip $43.1 juta di Amerika Utara dan $43.3 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul sebanyak $86.4 juta berbanding bajet sebanyak $40 juta.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.